Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009........

Detik 2010 hampir tiba meninggalkan nostalgia 2009 bersama-sama dengan pelbagai kisah suka duka,pahit manis sepanjang tahun 2009.Pelbagai cerita menarik dalam kehidupan.Pelbagai memori indah yang tersimpan untuk dititip satu persatu,mengimbas kembali detik dan saat indah yang sukar dilupakan.Kenangan itu indah.Kenangan itu menarik.

Saat menarik bersama keluarga paling indah.Melihat wajah suami dan anak-anak yang sentiasa memastikan kehidupan dipenuhi dengan cerita-cerita indah,menarik yang membahagiakan keluarga.Harapan saya, agar tahun 2010 terus bersinar bersama dengan iringan doa agar kebahagian akan terus berkekalan.Kemesraan akan terus terjalin.Kasih sayang akan terus berpanjangan.Syukur di atas kenikmatan yang Allah berikan kepada keluarga kami.

Saat 2010 bakal dilalui dengan meninggalkan kenangan 2009.Pelbagai kenangan sedih,duka dilalui.Kenangan bersama bapa saudara yang meninggalkan kami.Pemergiaan yang tidak disangka tapi Allah lebih menyayanginya.Tiada lagi gelak tawa.Tiada lagi lawak cerianya.Hanya kenangan yang tinggal.Redha dengan pemergiaannya.Al Fatihah.

Saat indah bersama-sama dengan rakan seperjuangan.Meneruskan misi untuk bangkit bersama-sama dengan azam yang tersemat di hati agar 2010 memberikan sinar cahaya yang lebih cemerlang.

Kepada teman seperjuangan yang bersama-sama di USM,kalian tetap segar dalam ingatan.Tahniah,kerana hasrat dan impian untuk memiliki apa yang selama ini diidamkan telah tercapai.Ayuh.....teruskan lagi perjuangan kalian.Masih belum terlambat.

Kepada emak dan ayah, thanks kerana selalu melihat anak emak dan ayah yang sibuk.Thanks kerana sentiasa membantu kami menguruskan anak-anak.Jasa dan pengorbananmu tetap diingat.

Kepada suami,thanks kerana memberikan kerjasama kepada isteri.Mengeluarkan cetusan idea bersama-sama malah memahami akan kesibukkan isteri.Tiada rungutan didengari hanya senyuman dilemparkan setiap kali menjemput isteri yang pulang lewat.Thanks.

Kepada anak-anak, thanks memahami kesibukkan mama.Pastinya mama sentiasa mendoakan untuk kalian.

Kepada teman seperjuang, thanks kerana sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan tugas.

Pena Kasih:Kenangan itu indah.

SEMUANYA SIBUK......




Semuanya sibuk.Masing-masing sibuk melayan pelanggan.Mesra pelanggan.Hari untuk pembelian peralatan tulis untuk anak-anak mereka yang akan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2010 pada Isnin depan.
Hari ini, sekolah saya mengadakan jualan peralatan tulis sehingga hari esok.Guru kelaslah yang paling sibuk untuk melayan pelanggan kami.Waktu rehat berlalu begitu sahaja.Menahan kelaparan sebaliknya masa digunakan untuk melayan ibu bapa.Boleh dikatakan ramai juga ibu bapa yang hadir ke sekolah untuk memastikan keperluan anak pada hari pertama telah tersedia dan anak mereka juga bersedia untuk proses pembelajaran setelah sekian lama bercuti.
Hari pertama persekolahan tiada lagi proses penjualan buku sebaliknya kami terus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
kelihatan juga beberapa orang pekerja membantu guru-guru mengemas kelas.Memastikan suasana kelas ceria seceria menyambut kehadiran tahun 2010 dengan azam yang baru.
Kami juga tidak lepas dengan kesibukkan.Ada sahaja perkara yang perlu dikemas kini.Memastikan agar hari pertama proses pengajaran berjalan, pihak sekolah telah menyediakan jadual waktu untuk semua murid dan diagihkan semasa mereka membeli peralatan tulis.
Yang hendak bertukar sekolah juga sibuk.Di saat-saat menjelang untuk bersekolah, barulah ibu bapa sibuk untuk mengambil surat pertukaran.Kasihan anak.......................

Pena Kasih:Semuanya sentiasa sibuk...............

Wednesday, December 30, 2009

TETAMU


Jam 6.oo petang bersama hubby melawat dusun durian yang telah dipajakkan kepada orang lain.Kami tidak mempunyai masa untuk menjaga dusun tersebut.Pajakan yang begitu murah dan cuma yang kami harapkan ialah mereka membersihkan kawasan dusun tersebut.
So, petang tadi kami merayau-rayau ke kawasan tersebut.Berpuas hati dengan apa yang dilihat.Kawasan yang selama ini dipenuhi dengan pokok-pokok kecil semuanya telah dibersihkan.Seronok melihat kawasan dusun yang bersih seperti apa yang telah kami janjikan kepada si pemajak.
Saya hanya tinggalkan sebatang sahaja pokok durian yang dikira agak lebat buahnya untuk diberikan kepada saudara mara.Lebih kurang pukul 6.30 petang, anak lelaki memaklumkan bahawa ada orang datang ke rumah kami.Mak Uteh dan keluarganya bersama dengan mentua telah datang ke rumah saya.Kelam kabut dibuatnya lantas saya mempersilakan mereka masuk ke rumah.
Saya tinggalkan mereka di ruang tamu bersama hubby dan saya meneruskan operasi memasak di dapur dengan bantuan my son.Syukur, my son begitu bersedia untuk membantu saya kerana dilihatkan banyak perkara yang perlu saya bereskan.Sambil itu melayan keletah anak saudara,Hafiz.
"Uda, dah lama abang tak datang rumah Uda.Ya lah.....hari ini baru abang dapat datang rumah Uda,"katanya."Abangkan sibuk, mana sempat nak datang rumah Uda,"kata saya.
"Ayah abang tak ada sini.Ayah ke Kuala Lumpur.Abang tak boleh datang kerana ayah tak ada."
Akhirnya,apabila semuanya telah siap mereka menjamu selera.

Pena Kasih:Suka tengok mereka makan.Berselera sekali.

Tuesday, December 29, 2009

MENEPATI MASA

Salah satu daripada kecuaian manusia ialah menepati masa.Memang selalunya kita gagal untuk menepati masa .Justeru,kita perlu menghidupkan kembali budaya menepati masa.

Hari ini, saya memang agak sedih dan niat untuk marah disimpankan di dalam hati sahaja.Kegagalan mereka menepati masa memang amat mendukacitakan saya.Bukan sekali dua tapi sudah banyak kali mereka mengambil sikap acuh tak acuh sahaja dengan waktu atau masa.Memandang ringan akan masa.Terpaksalah menunggu di luar hampir setengah jam lebih.Sudah berkali-kali diminta agar mematuhi waktu tapi masih gagal.Tidak tahu apa cara untuk cuba menyedarkan mereka akan kepentingan masa yang tidak dipatuhi dan akhirnya menjejaskan orang lain.
Tiada sesiapa di kawasan sekeliling.Sunyi dan sepi.Tiada seorang pun yang datang mengikut masa yang sebenarnya.Tiada sekelumit pun rasa kesal di hati mereka kerana kegagalan mematuhi masa.Mereka biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Melihat sekali lagi jam, masa terus bergerak tapi tiada seorang pun muncul.Kadang-kadang semuanya menguji kesabaran kita.Namun saya perlu bersabar dan bersabar.

Akhirnya hadir tanpa rasa bersalah sedangkan yang menunggu kegelisahan.Tapi hadir mereka disambut dengan senyuman.
Diambil daripada petikan Don't be Sad:
Tertawa sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan penglipur kesedihan.Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati.
Senyuman tidak akan berharga sekiranya ia tidak terbit dari hati yang tulus.Lihatlah setiap bunga tersenyum,hutan tersenyum, sungai dan lautan,langit,bintang-bintang dan burung-burung tersenyum.Manusia sesuai dengan watak dasarnya adalah makhluk yang suka tersenyum.Raut wajah seseorang itu adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya.Tidak akan nampak keindahan pada jiwanya jika jiwanya tidak tenang dan kusut.
Jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha mengatasinya.Jika mereka melihat persoalan, mereka tersenyum.Mereka juga turut tersenyum ketika sedang berusaha mengatasi persoalan dan tetap tersenyum.

Pena Kasih:Masa tetap dihargai.

TERTUNAI SUDAH..........................

Giliran saya memberikan sedikit maklumat hasil daripada taklimat pengurusan Akademik untuk disampaikan kepada semua guru.Perancangan awal bermula jam 8.00 pagi tapi kelewatan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Alhamdulillah, semuanya telah saya maklumkan.Pembentangan audit akademik untuk UPSR juga telah berjalan dengan lancar.Rasa lega setelah melaksanakan apa yang ditetapkan.
Kemudian, kami mengadakan mesyuarat PPSMI dan juga mesyuarat panitia.Harapan saya pada tahun ini, agar semua panitia dapat bergerak seperti yang apa yang dirancangkan.Semuanya bersemangat dan menaruh harapan agar tahun ini SKCC maju ke depan.InsyaAllah.

Pena Kasih:Buat yang terbaik untuk sekolah.

Monday, December 28, 2009

PERKONGSIAN

Perkongsian maklumat untuk semua GPK setelah GB telah diberikan maklumat terlebih dahulu.Banyak bahan-bahan dan perkara yang perlu diberi pendedahan dan perkongsian kepada semua guru pada hari esok.Masing-masing mengeluh.Semakin banyak yang kita dapat semakin itulah kita tidak tahu yang mana satu untuk dimulakan.
Hanya beberapa perkara yang mungkin saya sentuh dan ingatkan terutama program LINUS yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun hadapan menggantikan KIA2M.Program yang perlu diperkenalkan kepada semua ibu bapa tahun 1-3 yang bertujuan untuk memastikan semua murid menguasai 3M.InsyaAllah,semuanya akan berjalan dengan lancar dengan adanya komitmen daripada semua pihak.
Perjalanan mesyuarat lancar dan tamat jam 2.30 petang.Banyak info yang diperolehi yang selama ini hanya diberikan kepada GB.

RENUNGAN

Jika kita ada kita disayangi
Jika kita tiada kita dicari
Jika kita berkata kita didengari
Jika kita bernasihat kita dituruti
Jika kita berbuat kebaikan kita diteladani
Jika kita datang kita dirai
Jika kita pergi kita dirindui
Kita kita hidup kita berbakti
Jika kita mati kita diredhai, dirahmati dan dikenangi.............

Pena Kasih:Sebuah renungan untuk ditatapi dan dijadikan panduan

HARI PERTAMA

Hari ini merupakan hari pertama Along mula bekerja.Mencari pengalaman setelah berusaha untuk memujuk hati saya untuk bekerja.Berkali-kali merengek untuk mencari kerja dan akhirnya bekerja di sebuah klinik.Entah berapa lama dia bertahan dengan kerja tersebut tidak saya pasti lagi.

Bosan sering menjadi mainan perkataannya setiap hari.Ada sahaja kerja yang hendak dibuat.Jemu di rumah MakCunya lalu mengambil keputusan untuk mengisi masa luangnya dengan bekerja bersama-sama dengan rakannya.Hari ini mohon kerja, besok telah diminta oleh Dr untuk hadir dan ditemuduga.Akhirnya,hari ini dia melangkah buat pertama kalinya bekerja.Nasihat diberikan agar sentiasa menjaga diri dan jangan lupa bersolat.Excited untuk bekerja di klinik dan mengenali jenis-jenis ubat.

Adiknya,Haziq begitu risau apabila melihat Kak Longnya bekerja.Terlalu prihatin dengan Kak Long dan malam tadi kami lalu di tempat kerjanya.So far.O.K.Haziq nampak serius tetapi lebih prihatin jika dibandingkan dengan kakaknya.Lebih bertanggungjawab terhadap keluarga terutama kalau salah seorang daripada kami demam.Mulalah dia risau dan pastinya mengingatkan kami agar makan ubat.

Pena Kasih:Mengambil berat terhadap Pak Ngahnya.

Sunday, December 27, 2009

REZEKI

Ulat yang ada di dalam tanah diberi rezeki oleh Allah.Burung yang berada di dalam sarangnya juga diberi makan oleh Allah sementara ikan yang berada di dalam air juga diberi rezeki oleh Allah.Justeru, kita sebagai manusia adalah lebih suci dari ulat, burung dan ikan.Lantas kita tidak usahlah bersedih hanya kerana soal rezeki.

Bersyukur dengan apa yang kita nikmati pada hari ini.Rezeki kita ada di mana-mana selagi kita berusaha dan berusaha dan sentiasa mengingatiNya.

Justeru kita jauhilah sifat menghina seseorang.Liku-liku kehidupan seseorang tidak sama.Ada pasang surutnya.Apabila banyak membaca, banyak ilmu-ilmu kehidupan diperolehi.Semakin banyak yang kita pelajari semakin banyak kekalutan pada diri kita.Jahilnya kita sebenarnya.Namun, semuanya menyedar dan menginsafkan diri kita.
Penghinaan daripada seseorang pada keluarga kami masih terngiang-ngiang di telinga ini.Memandang rendah dengan kelulusan dari sebuah universiti yang telah melahirkan ribuan pelajar yang terkenal di negara kita.Kami terima penghinaan dengan redha dan kami berusaha untuk cuba memperbaiki kehidupan kami.Pernah menangis dengan penghinaan dan bersyukur di tempatkan di Universiti tersebut.Bersemangat dengan penghinaan............Tidak usahlah kita hidup saling hina-menghina antara satu sama lain sebaliknya kita renungilah diri kita.
Rezeki orang tidak sama.Ada orang ditempatkan di sesebuah universiti ternama baik di dalam mahupun di luar negeri.Ada orang di tempatkan di sesebuah universiti yang dianggap oleh mereka rendah statusnya.Pastinya semuanya sudah tersurat dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi.
"Ya Allah, jauhilah sifat-sifat seperti itu dalam keluargku"
"Ya Allah, jadilah mereka orang yang beriman"
Liku-liku kehidupan yang berlaku di sekeliling kita boleh dijadikan iktibar.
Alhamdulillah,hari ini saya mendapat sesuatu yang amat berharga.Thanks ayah.
Allah lebih mengetahui duduk sebenarnya kita daripada orang melihat daripada mata kasar mereka.



Pena Kasih:Yang baik dijadikan pedoman, yang tidak baik dijadikan sempadan.



Saturday, December 26, 2009

UMI





Majlis pertunangan Umi pada hari ini berjalan dengan lancar.Alhamdulillah,walaupun hujan tetapi ia mendamaikan, mengiringi majlis Umi.Rombongan yang datangnya dari Kuala Nerang, Kedah telah sampai seawal pagi jam 4.00 dan mereka menginap di rumah ibu Umi.Majlis yang diadakan di rumah abang Umi di I0I begitu meriah sekali dengan kehadiran keluarga Umi.
Pelbagai lauk-pauk dihidangkan untuk tetamu yang datangnya dari Kedah.Jauh sekali pasangan Umi.Saya hadir ke rumah mereka lebih kurang jam 11.30 pagi membantu mereka menyediakan juadah untuk tetamu.
Anak-anak kami tidak mengikuti kami kerana masing-masing mengikut datuk dan nenek serta emak saudaranya.Kami hanya berdua sahaja.Yang sulong ke Banting dan adiknya ke Melaka.
Kami melupakan hasrat untuk mengikuti mereka kerana untuk hadir ke majlis Umi.
Mudah-mudahan,jodoh Umi berpanjangan.Tunang Umi yang dikenali sebagai Syukor begitu peramah sekali dengan loghat Kedahnya.Ada yang tidak faham dengan bahasanya.Saya yang pernah tinggal serumah dengan Kak Zah yang berasal dari Kuala Nerang dapat juga memahami percakapan mereka.
Majlis yang diterajui oleh Wak dari Bukit Siput dan penutupnya diambil alih oleh suami kerana Wak mempunyai urusan penting dan meninggalkan majlis lebih awal.Geli hati melihat suami berucap bagi mewakili tuan rumah.First time but not bad.Boleh melancarkan majlis.
Akhirnya majlis diakhiri dengan pemotongan kek oleh Umi dan Syukor.

Pena Kasih: Mendoakan mereka bahagia .

Friday, December 25, 2009

BUKU

Ada berberapa hikmah dengan membaca buku.Mengambil petikan daripada buku DON'T BE SAD,Nasihat Al-Jahizah sentiasalah membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda"Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan,sahabat yang tidak akan menipumu,dan teman yang tidak membuatmu bosan.Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu,dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu,dan dia dalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki.Dia tidak akan memperlakukannmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafiqan dan tidak akan membuat kebohongan."

Berminat dan terus berminat untuk mendalami setiap isi kandungannya.Buku dikatakan taat kepada kita sama ada waktu siang mahupun malam malah ianya boleh dijadikan teman sejati kita.Malah melalui pembacaan juga, ia tidak berbahaya dengan menenggelamkan kita dalam kemurungan dan bertemankan dengan keburukkan meskipun buku tidak dapat berbuat apa-apa untuk kita malah dengan membacanya menghindarkan diri kita daripada perbuatan sia-sia seperti duduk termenung di hadapan pintu atau memandang cermin sambil bergaya di hadapannya.Sebaliknya buku boleh mencegah dari pandangan yang menyesatkan yang tidak penting, bergaul dengan manusia rendah, ikut serta dengan pembicaraan yang tidak berguna, perkataan yang merosak, akhlak yang buruk dan kebodohan yang tercela.
Justeru,tidak rugi kita mengisi masa senggang kita dengan membaca.

Banyak membaca,banyak pula perkataan-perkataan baru yang kita jumpai.Banyak juga perkataan-perkataan yang tidak pernah kita gunakan.Namun,melalui pembacaan, semuanya dapat membantu kita dalam kelancaran sewaktu menulis, bertutur dan berfikir.Membuka minda dan persepsi ke arah pemikiran positif dan kreatif.

Pena Kasih:Kenikmatan membaca buku,menghindarkan kelalaian kita..............

2010 KIAN HAMPIR

Tinggal beberapa hari lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita,meninggalkan kenangan pahit,suka dan duka.Banyak yang perlu kita renungkan kembali apa yang telah kita buat sepanjang tahun 2009.Syukur alhamdulillah, pada tahun 2009 banyak kenangan manis untuk diri saya.Terutama melibatkan kerjaya saya.Bersyukur kepada Allah dengan apa yang saya perolehi.Terima kasih kepada suami, emak dan ayah serta mak mentua dan anak-anak yang sering mendoakan ketenangan dan kebahagiaan saya.
Perginya tahun 2009 bersama-sama dengan kenangan pahit dan duka serta berazam dengan penuh semangat dan dedikasi melangkah ke tahun 2010.Bermuhasabah diri,merenung diri
apa yang kurang dalam diri kita dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita.Kita, manusia yang sudah tentu tidak sempurna yang ada kelemahan dan kehebatan masing-masing.Yang hebat pada diri individu dijadikan contoh dan tauladan.

Justeru,saya sering merenung kembali di manakah saya sekarang?Adakah saya ego?Adakah saya suka menonjol-nonjolkan kehebatan saya?Adakah saya rasa diri saya terlalu baik?Yang penting setiap yang kita lakukan adalah dengan niat yang betul.Hanya Allah sahaja yang tahu apa sebenarnya.Bagi saya,setiap yang saya lakukan terutama melibatkan organisasi adalah untuk membantu menjadikan sesebuah organisasi itu cemerlang bersama-sama dengan rangkaian anak-anak buah yang berusaha memberikan komitmen dan begitu komited dengan kerja-kerja yang telah diamanahkan.Bagi saya, bila bekerja,saya bekerja dengan sepenuhnya.Saya sendiri tahu, ada guru-guru sekolah yang terlalu komited pada kerja dan InsyaAllah mereka ini akan berjaya suatu hari nanti.Rajin dan tidak mengira masa.

Kalau dahulu, rakan-rakan tidak mengenali blog dan mereka tertarik melihat blog saya.Lalu masing-masing membina blog sendiri.Suka baca blog dia orang.Semuanya mempunyai gaya penulisan yang menarik untuk dikongsi bersama.Ada yang melepaskan geram dan perasaan.Biasalah...............Luahan hati yang terbuku agaknya.Semuanya boleh dijadikan suatu pengajaran disebalik luahan tersebut yang membolehkan kita merenung siapa diri kita sebenarnya.Banyak juga blog yang saya baca yang sedikit sebanyak menyedarkan diri saya terutama blog yang melibatkan soal-soal agama.Kadang-kadang kita ingat kita betul tetapi cara kita salah.Kita kembali dan membetulkan yang salah itu.Bermuhasabah diri.Melalui blog juga kadang-kadang kita terkesima melihat betapa jahilnya kita dalam soal-soal agama.Melalui blog juga,banyak hadis-hadis yang belum tentu kita dapat mencarinya dan banyak menyedarkan diri saya.Kesibukkan kita,mencari pengertian hadis memang kita tidak lakukan tetapi melalui bloglah saya suka membacanya.Melalui blog juga,my son banyak berubah.Takut azab yang diterima jika meninggalkan solat lima waktu.Yang baik itu,menjadi pedoman dan menyedarkan diri kita.Melalui blog juga saya dapat menemukan rakan-rakan yang sedang mencari teman-teman setelah sekian lama berpisah.Yang penting penerimaan kita setiap kali membaca blog seseorang itu.Ada orang apabila membaca blog cepat hendak melenting tetapi sebenarnya ia tidak ada kena mengena dengan seseorang individu itu.Kalau terkena pada diri kita, kita renung kembali.Saya selalu jadikan blog itu,melihat kelemahan yang ada pada diri saya.

Kenangan sedih apabila Pak Itam meninggalkan kami pada bulan April yang lalu.Meninggalkan kenangan bersama dengan lawak Pak Itam.Al-Fatihah.Yang pergi tetap pergi kerana itu sudah tersurat.
Banyak juga kenangan indah yang dilalui sepanjang tahun 2009.Kenangan bersama keluarga hubby sewaktu hari raya puasa dan kenangan bersama keluarga saya sepanjang tahun 2009.

Pena Kasih:Tahun 2009 sarat dengan kenangan manis daripada kenangan pahit.........
Keredhaan memiliki buah yang melimpah berupa keimanan.Orang yang redha hatinya akan terangkat hingga tempat yang paling tinggi,yang kemudian mempengaruhi keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar.Pengaruhnya kemudian adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku.





KESESAKAN


Perjalanan ke Melaka pada hari ini agak membosankan.Perjalanan yang singkat menjadi lambat kerana kesesakan jalan raya di mana kenderaan bertali arus dan menyesakkan.Keadaan bertambah teruk apabila tiba di bandar Melaka.Parking penuh.Terpaksa berjalan kaki untuk ke Mahkota Parade.Menyesakkan mata dan meletihkan.Terlalu ramai yang keluar pada hari ini.Menghabiskan sisa-sisa cuti menjelang tahun baru.
Awalnya mengajak suami ke BP tetapi dia tidak berminat ke sana dan mengajak kami ke Melaka.Tujuan suami hendak pergi ke MPH Melaka.Biasalah mencari buku-buku yang baru.Saya sempat juga meminta suami membelikan buku bertajuk"Kasih disemai Sayang dituai".....sebuah memoir.Sudah baca sedikit.Liku-liku kehidupan ditulis dan dibukukan untuk dikongsi bersama dengan masyarakat.Menarik.Kesusahan hidup berakhir dengan kesenangan setelah menempuh ranjau kehidupan.
Banyak buku-buku menarik dan saya lebih suka membaca kisah-kisah kehidupan yang boleh dijadikan pedoman kepada kita.Suami telah membeli beberapa buah buku begitu juga dengan Haziq yang mencari buku-buku kisah Nabi.
Kami tidak hanya di Mahkota Parade dan suami bercadang ke Jusco tetapi disebabkan kesesakan yang teramat sangat,kami mengambil keputusan ke Mydin.First time, saya menjejakkan kaki ke sana.Akhirnya mengambil keputusan balik sahaja ke Segamat setelah mendapat apa yang kami inginkan iaitu buku.

Pena Kasih:Menulis dan terus menulis.

Thursday, December 24, 2009

DON'T BE SAD


Sebuah buku terjemahan Noraine Abu yang terlaris di Timur Tengah dan Indonesia kini menjadi bahan bacaan waktu senggang saya setelah diperkenalkan oleh hubby.Banyak info boleh diperolehi dan boleh dijadikan renungan kepada kita.Namun,buku tersebut belum habis dibaca.
Isi Kandungan yang begitu menarik dan begitu sesuai untuk kita baca.Hubby selalu meminta saya banyak membaca kerana banyak info baru yang boleh diperolehi hasil daripada bacaan.Memang betul apa yang dikatakan oleh hubby tapi biasalah buku-buku ilmiah biasanya kita pinggirkan.Kini, saya sudah mulai tertarik untuk mendalami buku tersebut.Antara isi kandungan yang saya suka ialah Hidup ini Bukan untuk Bersedih,Kesengsaraan itu Penuh Hikmah,Ilmu pengetahuan Dapat Membuat Bahagia,Memaafkan Kesalahan Teman(Namun, saya tertarik dengan satu slot di TV,kita renungkan kenapa orang sukar untuk menerima maaf kita, Mungkin ada sesuatu yang begitu menghiris perasaaannya hingga sukar untuk memaafkannya.Kak Long pun ada mendengar dan selalu mengajak hubby menonton rancangan Tanyalah Ustaz, Bersabarlaha, Kerana Sabar Menjadi Anda Terpuji dan banyak lagi Isi kandungan yang begitu menarik.
Rakan-rakan saya suka membaca blog hubby kerana banyak message bermaklumat diperolehi dan menyedarkan diri.Mereka mengatakan blog saya lebih kepada bersantai.He.....he biasalah.Suka-suka.Siapa yang terasa dengan penulisan, maaf ye.Tiada niat apa-apa.Mengingatkan suami,Jangan Mudah Tergoncang dengan Kritikan.Maknanya blog you ada silent followers.Sebenarnya blog suami berdasarkan pengalaman yang dialaminya sepanjang bernafas di muka bumi ini yang sedikit sebanyak memberikan sedikit maklumat kepada sesiapa yang menjengok sebentar,menyingkap cerita-cerita lama yang banyak pengajaran dan intipati yang boleh dijadikan tauladan dan kepada mereka yang rasa ada blogger yang terlalu syok sendiri yang suka menceritakan yang baik-baik sahaja.
InsyaAllah,dengan membaca buku Don't be Sad banyaklah maklumat yang boleh dijadikan renungan dan dikongsi bersama.

Seronok baca:Jangan Bersedih dengan Perilaku Manusia terhadapmu,tetapi Perhatikanlah Tingkah laku mereka terhadap Allah.

Pena Kasih:Jangan Bersedih:Anggaplah Celaan orang sebagai Angin Lalu.

MENURUT KEMAHUAN....

Along begitu beria-ia hendak belajar memandu.Kursus yang sepatutnya dihadiri telah pun beliau lalui.Kini,beliau akan mengikuti step by step sehingga apa yang diingini akan diperolehi.Begitulah anak-anak sekarang.Semua kemahuannya kalau boleh perlu diikuti tetapi dalam mendidik anak adakalanya saya bertegas.Tidak semua kemahuannya diikuti.Bukan apa, jika kemahuannya tidak diikuti mulalah mereka memberontak dan ada kalanya sehingga naik tocang dan tidak menghormati orang tua.Saya tidak mahu anak-anak bersikap seperti itu.Saya ingin anak-anak belajar erti kesusahan untuk memperolehi sesuatu.Bukan kita tidak sayangkan anak-anak.Semua orang sayangkan anak tetapi bukannya dengan melimpahkan segala kemahuannya di depan mata.
Begitu juga sewaktu dia menyuarakan hasrat untuk belajar memandu.Peringkat awal, kami kurang setuju dengan kemahuannya itu.Bukan kerana wang ringgit tetapi bagi saya belum masanya lagi.Banyak perkara lain yang perlu diberikan keutamaan.Tapi akhirnya, rengekannya itu menyebabkan kami memberinya peluang untuk belajar memandu apatlah lagi tok yahnya yang sanggup untuk menguruskannya.Terima kasih ayah.
Begitu juga dengan HP .Kalau boleh hendakkan yang mahal-mahal.Saya memang tidak setuju dengan caranya yang masih bersekolah.Memang itu satu keperluan tetapi saya nasihatkannya agar bersyukur dengan apa yang ada.Yang penting SMS boleh diperolehi dan dia menerima apa yang saya cakap.Akhrinya Along akur dengan apa yang kami perkatakan.Berbeza dengan anak lelaki saya yang kurang berminat dengan HP.Dia menerima seadanya dan tidak pernah meminta berlebih-lebihan.Ayahnya selalu mengingatkan anak-anaknya yang penting 'saving' .Kini, anak-anak mengerti apa yang ayahnya cakap.Setiap permintaannya,kami tapis dahulu dan memberikan sebab-sebab kenapa permintaannya tidak kami tunaikan.Bagi kami,kami tidak berhabisan untuk anak-anak dengan menurut kemahuannya.Kasih sayang kami bukannya menurut segala kehendak anak-anak tetapi yang penting kami sentiasa mengingatkan anak-anak agar sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.InsyaAllah,mereka boleh memperolehi apa yang mereka idamkan suatu hari nanti.
Kalau Haziq,dia faham cara kami.Setiap permintaannya dia fikir dua tiga kali barulah hasrat itu disuarakan.Ayahnya selalu menyatakan apa yang penting didahulukan.Yang penting solat lima waktu jangan ditinggalkan.Haziq sekali lagi terpaksa akur dengan permintaan ayahnya itu.Alhamdulillah,perubahan begitu ketara pada dirinya bersesuaian dengan info hijrah yang diperolehi oleh Haziq daripada ayanya.Tiada yang menggembirakan hati kami, melihat perubahan demi perubahan yang berlaku kepada anak-anak.Bukan senang untuk kita meminta mereka bersolat lima waktu.Banyak dugaannya.Kalau bersolatpun belum tentu memenuhi lima waktu.Tetapi sejak akhir-akhir ini mereka dapat melakukannya.Itulah doa seorang ibu dan ayah untuk anak-anak agar tidak meninggalkan solat lima waktu.Saya percaya semua ibu bapa berhadapan masalah untuk meminta anak-anak menunaikan solat lima waktu.Kalau dahulu setiap kali solat,kami sentiasa mengingatkan anak-anak tetapi kini tidak lagi.


Pena kasih:Ma dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.Ma dan ayah berharap anak-anak mengerti kenapa kemahuan kalian tidak kami penuhi semuanya dan perlu ditapis.Kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anak-anak bukannya dengan melimpah luahkan dengan segala kemahuannya.

MESYUARAT PENGURUSAN



Mesyuarat pengurusan sebelum mesyuarat guru telah diadakan pada hari ini.Pelbagai isu atau perkara yang diperbincangkan sebelum dibawa bersama ke mesyuarat guru pada hari Isnin ini.Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi berjalan dengan lancar.Cikgu Ali yang telah sekian lama tidak ditemui turut hadir untuk bersama-sama mendengar beberapa taklimat daripada boss.Masih berupaya untuk hadir walaupun nampak jelas diwajahnya yang menunjukkan beliau masih tidak berapa sihat sepenuhnya.Disebabkan semangat tinggi yang ada pada dirinya, beliau hadir dan melihat sendiri segala maklumat kokurikulum telah disiapkan dengan bantuan beberapa orang guru.Thanks to Ekin, Supian and Kak Ana yang always give help to us.
Saya yang tidak dapat turut serta pada hari Isnin telah menyiapkan segalanya untuk diedarkan dan telah memaklumkan kepada guru besar beberapa perkara yang perlu diberitahu kepada semua guru.Saya juga menyertakan surat makluman yang memudahkan untuk semua guru bertindak dalam bidang kurikulum.
Boss masih memerlukan saya untuk bercakap dengan semua guru dan beliau telah mengarah saya mengambil bahagian pada hari Selasa yang berkaitan dengan post-mortem peperiksaan UPSR 2009 dan juga program-program untuk tahun hadapan.InsyaAllah saya akan bentangkan pada hari tersebut.

Pena Kasih:Selamat bersidang kepada semua guru SKCC pada 28.12.2009 and welcome to Pn Lim Su Wan .


Wednesday, December 23, 2009

MEMANDU..

Sudah lama saya tidak memandu kereta.Setiap hari ke sekolah, hubby akan hantar dan ambil lewat petang selepas kembalinya dari bekerja.Kadang-kadang sehingga 6.30 petang barulah hubby muncul.Semakin hari semakin malas untuk memandu.Seronok tengok hubby pandu dan saya duduk di sebelah melayannya bercakap.
Sometimes, hubby suruh juga pandu tapi pelbagai alasan yang saya beri dan akhirnya hubby tewas dan terpaksa memandu.Seronok jadi penumpang di sebelah,boleh tidur dan makan.Hubby selalu perli.Saya kata lagi untung yang memandu, dapat layanan manja.Makanan disuapkan dan kalau nak makan gula-gula,hanya buka mulut sahaja.
Adakalanya,hubby suruh bawa kereta ke sekolah tapi saya tetap dengan alasan minta dia hantar.Tewas akhirnya hubby dengan pujukan dan rayuan daripada seorang isteri.He..he...he.....
Sebenarnya, saya suka tengok gaya orang memandu.Terutama penunggang motosikal yang suka mencelah-celah disebalik kesibukan kereta.Jika perjalanan jauh, saya akan bantu juga hubby pandu tetapi dia tidak akan lena tidur jika saya memandu.Mulalah mulutnya bising melihat saya memandu dengan kelajuan yang tidak sepatutnya.So,senang aja,jika tak mahu lihat seperti itu, yang pandulah.Selalunya hubby akan tewas dan minta saya memberhentikan kenderaan dan mengambil alih memandu kereta.
Hari ini, saya terpaksa memandu menemankan emak yang hendak menziarahi kakaknya yang tidak berapa sihat.Ingatkan nak join ikut ayah, tapi ayah suruh saya bawa emak.Terpaksa juga memandu.

Pena Kasih:Biar lambat asal selamat.

Tuesday, December 22, 2009

JANGAN AMBIL MUDAH

Mudah, senang dan tidak kisah adalah perkataan yang biasa digunakan dalam pertuturan kita.Jangan ambil mudah apabila melaksanakan sesuatu organisasi yang melibatkan orang ramai dan juga pekerja.Apabila menjadi teraju dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil,kita perlu mendalami organisasi itu.Perlu mendalami sedalam-dalamnya dan jangan ambil mudah dan melepaskan semua tanggungjawab kepada orang lain.
Kita perlu juga tahu isi kandung yang terdapat dalam sesebuah organisasi sehinggakan perkara yang boleh diselesaikan sendiri gagal untuk berbuat sedemikian.Justeru, jika kita hendak orang respect pada diri kita, perlulah kita bersikap profesional dan cuba mencari jalan penyelesaian dan jangan membiarkan orang bawahan menyelesaikan tugas kita.Pada saya, apabila kita diberikan tanggungjawab dan amanah,kita jalankan tugas dengan sebaik-baiknya dan bukan jawatan yang menjadi rebutan tetapi kemampuan kita melaksanakan amanah yang diberikan.
Bukan senang hendak menerajui sesuatu organisasi jika ilmu yang kita miliki sedikit apatah lagi menyelesaikan kerja-kerja yang dianggap enteng dan mudah tetapi gagal untuk melakukannya.
Bagi diri saya sendiri, banyak perkara yang perlu dipelajari tetapi saya lebih suka bertanya dan mendalami bidang tugas saya.Sebagai manusia, kita tidak perfect tetapi kita cuba dan cuba untuk mengatasi kelemahan yang ada pada diri.Saya tidak hanya memberi arahan tanpa sama-sama berbincang sebaliknya saya cuba mendalami sesebuah organisasi itu agar setiap pertanyaan daripada pihak atasan dapat dijawab dengan lancar tanpa teragak-agak.Memang tidak dinafikan kadang-kadang kita ni manusia yang terlalu banyak dibebani dengan perkara-perkara yang dianggap mudah dan remeh tetapi kita perlu tahu organisasi kita dengan sedalam-dalamnya.Justeru, Jangan Ambil Mudah apabila amanah telah diberikan kepada kita apabila menerajui sesebuah organisasi.

Pena Kasih: Sentiasa bermuhasabah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dan tidak pernah lupa berdoa agar Allah permudahkan urusan saya setiap hari,Allah permudahkan tutur kata saya setiap kali saya berbicara denga mereka,Allah permudahkan segala-galanya.Amin...

MENJELANG PERTEMUAN PERTAMA

Pertemuan pertama kami setelah hampir sebulan lebih bercuti akan bermula mulai 28.12.2009(Isnin) ini.Ikutkan esok adalah mesyuarat pertama tetapi disebabkan boss tiada kerana menghadiri mesyuart e-kasih dan saya terpaksa attend meeting di PPD esok menggantikan boss yang ke Pagoh atas urusan tersebut.Justeru, setelah perbincangan diadakan,maka kami bersepakat untuk mengadakan pertemuan pada 28.12.2009.
Hari ini, saya menyiapkan sedikit lagi maklumat yang perlu disampaikan kepada semua guru terutama berkaitan dengan takwim tahunan sekolah .Alhamdulillah, setelah semua maklumat diperolehi daripada PPD, akhirnya semua kerja dapat dibereskan.Terima kasih kepada Ekin yang sentiasa ada di sekolah bersama-sama membantu saya menyiapkan segala program untuk semua guru.Thanks Ekin.Juga kepada PAP saya yang sentiasa membantu saya terutama bahan-bahan yang perlu difotostatkan untuk diedarkan kepada semua guru pada hari tersebut.
Kami bekerja dari pukul 9.00 pagi sehingga jam 5.30 petang.Perut sudah mula berbunyi menandakan time untuk makan telah tiba.Akhirnya untuk mengalas perut, kami membeli makanan dan minuman dan bersantai di pejabat.Yang penting kerja dapat dibereskan.
Untuk Kak Ana yang sentiasa memantau kami berdua dan tidak senang duduk mendengar kami sentiasa berada di sekolah menyiapkan kerja-kerja terakhir kami........katanya nak join esok pagi dan kami mengalu-alukan kedatangan Kak Ana ke sekolah.Terima kasih juga kepada Kak Ana yang merupakan salah seorang teraju sekolah yang sentiasa bersedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan.
Esok,saya masih ke sekolah pada waktu pagi untuk bersama-sama meneliti beberapa maklumat yang mungkin akan dibentangkan oleh saya dalam perjumpaan pertama di PPD jam 2.30 petang.Memandangkan sekolah saya merupakan pengerusi panitia daerah bagi mata pelajaran Matematik so,saya perlu bersedia dengan maklumat tersebut.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya.Untuk mesyuarat guru pertama yang akan diadakan pada hari Isnin depan, saya tidak dapat bersama mereka kerana akan menghadiri satu lagi perjumpaan bagi semua guru penolong kanan di SMK Agama.So, sudah tentu banyak info yang diperolehi untuk dikongsi sama dengan semua guru.Namun begitu, bagi memudahkan semua urusan, saya telah menyediakan draf bagi memudahkan boss dan semua GPK menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan Kurikulum.Insya Allah,jadual waktu kelas dan individu serta buku takwim juga telah saya sedia dan akan diedarkan kepada semua guru pada hari berkenaan.

Pena Kasih: Semoga tahun 2010, semua guru berazam dan bersemangat dalam merealisasikan hasrat semua pihak bagi melahirkan modal insan yang berguna.

Monday, December 21, 2009

LEWATNYA TIDUR..........


"Ma, hari ni,apiz tidur jam 5.00 pagi,gara-gara cerita spiderman yang dibawa oleh Abang Ngah," kata Along yang baru balik dari rumah 101.
"Ma nak tau tak yang dia very excited nak tengok cerita tersebut dari satu cd ke satu cd."Yang jadi mangsa ialah kita yang terpaksa menemankan dia menonton TV.Jika tidak mulalah lagu tangisannya mendayu-dayu memecah kesunyian waktu malam.Hendak tak hendak terpaksalah menemankannya.
So, I told my hubby what happened to Apiz.Then my hubby kata dia akan ke 101 dan terpaksa mengambil semula CD yang dibawakan untuk mengelakkan Apiz tidur sehingga lewat malam yang sudah tentu tidak bersesuaian dengan usianya yang baru 3 tahun +.Besarnya pengaruh cerita tersebut kepada kanak-kanak seusia Apiz.
Malam tadi kami ke rumahnya kerana mak mentua hendak menjamu masakan karinya untuk hubby.My hubby memang minat dengan masakan kari yang begitu berbeza dengan saya.
Kami tidak lama ke sana kerana sememangnya kami keletihan tetapi mengenangkan emak mentua sudah menelefon dan meminta kami hadir terpaksa juga memenuhi permintaannya.

Pena Kasih:Curry is not my favourite food.

KEMAS DAN BERSIH




Adakah saya cerewet?Anak-anak mengatakan saya sememangnya cerewet terutama apabila menyentuh tentang kebersihan dan kekemasan.Apa lagi kalau ianya melibatkan tempat kediaman yang merupakan satu-satunya tempat untuk kita berteduh.
Sebenarnya saya bukanlah terlalu cerewet tetapi saya suka sesuatu yang cantik, indah dan kemas setiap kali mata memandang.Pada saya,ketenangan hati itu timbul apabila melihat suasana rumah yang kemas dan bersih.Bukanlah saya seorang yang terlalu bersih tetapi perkara itulah yang menjadi keutamaan saya.
Cuti sekolah dan sememangnya menjadi rutin saya memastikan kawasan sekeliling rumah disapu dengan dibantu oleh suami.Daun-daun yang gugur ditiup angin akan disapu.Kawasan yang berumput panjang akan dimesin oleh suami.Ikutkan memang badan penat tetapi mata yang sentiasa memandangkan akan bertambah penat jika ianya kelihatan tidak bersih.
Kawasan dalam rumah juga sentiasa diubah suai. dan diubah alih.Kadang-kadang pengubahsuaian saya tidak mendapat respon daripada suami yang memang tidak menggemari saya mengubah alih perabot.Tapi bagi saya,kalau boleh saya sememangnya sentiasa ingin mengubah selera dan menyedapkan mata memandang.Hasrat itu terpendam jika suami tidak mengizinkan.
Anak-anak yang menjadi mangsa menolong saya mengubah alih perabot di rumah.Mulutnya tidak diam dan membebel sahaja setiap kali saya meminta pertolongan.Tapi apabila telah siap diubah alih,barulah mereka mengatakan kedudukan seperti ini memang cantik dan nampak luas.Sebab itulah,saya sentiasa meminta anak-anak menolong saya agar mereka sentiasa memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.

Pena Kasih: Islam juga menuntut kita mementingkan kebersihan.

Sunday, December 20, 2009

BERJALAN-JALAN


Hari ini, Along telah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di bandar bersama dengan Alleen.Alleen so happy and asks along to go to MD.Mereka ke sana dengan ditemani oleh Tok Yah dan Tok Maknya.Sebelum itu, Along yang tidur di rumah emak saudaranya di IOI atas permintaan Alleen dijemput oleh kami kerana Along mempunyai urusan yang perlu dibereskan.Setelah usai,barulah kami membawanya balik dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjalan dengan ditemani oleh datuk dan neneknya.
Kami membenarkan Along membawa Allen yang mungkin bosan duduk di rumah tanpa ke mana-mana.Sering menghantar SMS kepada Along agar ke IOI.
Yang penting mereka pandai menjaga diri.

Pena Kasih: Sesekali keluar memang diizinkan tapi tidak berseorangan.

SPIDERMAN


Sukarnya untuk Hafiz menyebut perkataan spiderman yang merupakan cerita yang sudah mula bertahta di hatinya.Kunjungan kami semalam ke rumahnya disajikan dengan cerita tersebut.Mulanya hendak menonton cerita lain tetapi disebabkan tangisan yang semakin menjadi menyebabkan kami beralah dan membenarkan dia menonton cerita tersebut.
Dia mula menceritakan kembali kisah Spiderman kepada Pak Udanya.Yang kami gelihati ialah ketika dia hendak menyebut perkataan spiderman, terlihat bergulung-gulung lidahnya untuk menggayakan sebutan perkataan tersebut.Begitu sukar sekali padanya.Puas kami mengajarnya menyebut perkataan tersebut tetapi Hafiz masih gagal hendak menyebut dengan spontan.Terkial-kial dia menyebut.Berbeza dengan sebutan Ultraman, Batman senang dan cepat sekali dia menyebutnya.
Dia memberitahu Pak Udanya yang dia mempunyai banyak cerita Spiderman dan kami meminta dia mengeluarkan cerita tersebut.Rupa-rupanya dia tidak mahu Abang Ngah mengatakan yang Abang Ngah ada banyak cerita tersebut.Dia hanya ada satu cerita sahaja.
Begitulah Hafiz, setiap minggu ada sahaja perubahan tingkah lakunya.Banyak perkataan baru dilontarkan dari mulutnya yang membuatkan kami tercengang.Begitu bijak mengaturkan bicara setiap kali bercakap dengan kami.

Pena Kasih:Keletahnya menyebabkan kami sering merinduinya.

Saturday, December 19, 2009

KEHAMPAAN

Menerima undangan majlis perkahwinan di Balai Raya,Batu Anam setelah mak mentua meminta untuk turut hadir.Hubby begitu semangat untuk hadir ke situ kerana tujuan utama untuk bertemu dengan rakannya yang telah berpuluh tahun tidak berjumpa.Aleen yang tidak habis-habis menghantar SMS kepada Along meminta agar datang cepat untuk mengajak ke sana bersama-sama.Namun, kami tidak dapat menuruti kehendaknya kerana saya ke majlis bacaan Yassin di Kg Tg Sengkawang .Selepas usai majlis tersebut,barulah kami bergerak ke Batu Anam memenuhi permintaan emak dan hasrat suami.
Jelas, wajah kehampaan suami kerana tidak dapat menemui rakannya setelah dimaklumkan oleh ibu rakannya itu.Tiada cuti katanya.Namun,lain yang ingin ditemui lain pula yang dijumpainya.Suami menemui rakannya yang sama-sama satu kelas ketika belajar di SK Batu Anam.Jadilah........ yang ditunggu tidak muncul, yang lain muncul.

Pena Kasih:Sekali-kali memenuhi undangan perkahwinan dan kadang-kadang terjumpa rakan lama.

TAKZIAH

Yang pergi tetap pergi.Memang itu sudah tersurat.Allah mengetahui segalanya.Paparan nombor telefon pada hari semalam tidak saya hiraukan.Ketika itu,saya tiada di rumah.Lebih kurang pukul 12.30 malam, baru menjengok telefon dan terlihat begitu banyak nombor-nombor yang terpapar.Nak contact dah larut malam.Mungkin mengganggu ketentaram dan nyenyakan tidur yang begitu lena.
Masih tidak menghiraukan telefon yang sama memanggil sehinggalah jam 3.53 petang, my son memaklumkan Kak Yati from Medoi ada buat panggilan dan ingin bercakap dengan Ma.So, saya pun contact dan rupa-rupanya ingin memaklumkan yang bapanya sudah kembali kerahmatullah selepas subuh pada hari Jumaat.Hanya yang mampu saya ucapkan ialah takziah kerana berita itu diterima lewat petang.Semalam pun, beliau menelefon saya pada waktu petang.Dia tidak memaklum kepada kami kerana keadaan yang tidak tentu arah.Saya faham situasinya.Al-Fatihah untuk aruah bapanya.

Pena Kasih: Allah menyayangi hambaNya.

Friday, December 18, 2009

DURIAN MUDA


Pastinya apabila menyebut durian sudah tentu terbayangkan aroma baunya yang mungkin memuakkan bagi mereka yang tidak menggemarinya.Pada saya ianya bergantung kepada keadaan.Kadang-kadang apabila terlalu kuat bauannya membuatkan saya pening kepala.
Sebelum buah itu membesar, sudah tentu ia mengalami proses berbunga di mana bunganya boleh dimakan dengan cara menggorengnya.Saya tidak pernah mencuba tetapi saya pernah melihat mereka menggutip bunga durian untuk digoreng.Kemudian diikuti fasa kedua iaitu durian muda.Durian muda ini boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak lemak putih.Begitu enak sekali apabila dimakan bersama dengan ikan goreng.Setiap kali musim buah durian, saya akan menantikan durian muda yang jatuh apabila dahan tidak dapat menampung keberatannya.Ia akan sekah apabila ditiup angin.
Pagi lagi emak meminta saya menemannya mencari durian muda.Saya ikutkan sahaja dan membelah durian muda untuk dimasak.Habis jari-jari saya tercucuk duri durian.Memang sakit tapi ditahankan sahaja.Emak mengatakan dia hendak masak durian muda yang merupakan makanan kegemarannya apabila tiba musim durian.Emak memang tidak makan durian masak.Suami yang tidak pernah merasai masakan durian muda lemak putih sudah mula berjinak-jinak dengan masakan tersebut.
Begitu juga dengan tempoyak yang sesetengah orang begitu suka.Sewaktu saya berada di Maktab di Perak, makanan tempoyak memang menjadi kegemaran rakan serumah saya,Kak G.Teringatkan masakan tempoyak Kak G walaupun pedas tapi begitu enak sekali.

Pena Kasih:Kedua-dua anak menutup hidung apabila terbau buah durian.

KELI


Ikan keli ialah sejenis ikan air tawar.Ada pelbagai jenis ikan keli.Antaranya ialah ikan keli bunga, ikan keli Afrika,Ikan keli Rusia dan pelbagai lagi.Ikan keli mudah dipelihara sama ada di kolam besar mahupun di kolah.Namun begitu, di sesetengah tempat ikan keli tidak dimakan kerana berdasarkan kepercayaan 'kuno' ikan keli ini berasal dari berudu iaitu anak katak.
Setiap kali, makan di luar, ikan keli merupakan pilihan utama saya.Ikan keli yang digoreng pedas menggunakan cili padi.Suami selalu mengusik saya setiap kali saya makan ikan keli.
"Tak terbayangkan apa-apa ke?" Itulah perkataan yang sering dilontarkan kepada saya apabila dia melihat seekor ikan keli berlengkar di pinggan.Buat apa nak bayangkan apa-apa.Janji boleh dimakan.
"Yang, trylah makan.Nanti nak lagi.".But there's no respon from my hubby.
Memang itulah makanan saya setiap kali makan di luar.
Pernah ditegur oleh seorang pelanggan yang melihat saya mengambil ikan keli.Dia memaklumkan memang bagus makan ikan keli kerana ia mencantikkan kulit kita.Wallahualam.Saya tidak pasti dan belum mencari maklumat lagi tentang perkara itu.

Pena Kasih:Pernah bela ikan keli di kolam depan rumah tapi hilang bersama arus air apabila hujan turun dengan lebat.

MENGIMBAU KEMBALI







Kg Simpang Lima Darat terletak berhampiran dengan Bukit Gambir tempat di mana saya diarahkan posting sebagai guru sandaran pada tahun 1987.Hampir 22 tahun saya meninggalkan kawasan tersebut yang penuh dengan nostalgia yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini.
Hari ini, kami sekeluarga bersama-sama dengan ibu bapa saya ke pekan Bukit Gambir buat kali keduanya untuk diri saya dan pertama bagi ibu bapa saya.Saya sempat membawa emak dan adik ke kedai emas yang sememangnya tujuan utama mereka.Selepas selesai berurusan di kedai tersebut, masing-masing membawa haluan sendiri.
Saya mendapat sms daripada adik mengatakan yang mereka akan ke MITC,Melaka.Saya tidak mengikuti mereka ke Melaka sebaliknya kami ke Tangkak.Hubby membawa saya melalui Serom sebelum ke Tangkak.Sebelum ke sana, suami juga membawa saya ke Kg Simpang Lima Darat.Kami berhenti betul-betul di hadapan sekolah tempat saya mengajar.Sudah berubah sama sekali.Sudah 22 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sana.Banyak betul perubahan di situ.Kemudian saya terlihat rumah tempat saya tinggal bersama salah seorang mak cik di situ.Terlalu banyak nostalgia di rumah itu.Suami mengajak saya singgah tapi saya pasti mereka tiada di rumah kerana bertutup rapat.Insya Allah, kami akan berkunjung juga ke sana suatu hari nanti.
Dahulu, di kiri kanan penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit tetapi kini dipenuhi dengan rumah-rumah yang begitu cantik sekali.Memang jauh bezanya dari dahulu.Mengimbau kembali cerita dahulu memang banyak kenangannya.

Pena Kasih: Masih ingat lagi Kak Zah dan Hisham yang sering membuatkan kami tidak kering gusi dengan gelagatnya.


Thursday, December 17, 2009

PENGARUH


Perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam memang dinantikan oleh anak saya.Bukan apa sekadar memberi sokongan kepada negara kita dalam arena sukan.Tahniah kepada jurulatih dan pemain bola sepak negara kita.
Sebelum perlawanan berlangsung di kaca tv,sempat juga anak saya bermain bola sepak dengan rakan-rakannya sehingga jam 6.00 petang.Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah.
Melihat dari celahan tingkap rumah, gelagat mereka bermain.Masing-masing menyebut perkataan Malaysia dan Vietnam.Begitu besarnya pengaruh permainan bola sepak terhadap mereka.
Kalau dilihat setiap petang, lebih kurang 20 orang budak bermain bola sepak berhampiran dengan rumah saya.Saya memerhatikan sahaja dari dalam rumah.Melihat gerak laku mereka dan adakalanya ingin menegur mereka yang begitu leka dengan menghisap rokok.Tapi saya perlu berhati-hati dalam menegur mereka kerana tidak semua ibu bapa suka anaknya ditegur.Adakalanya their parents melenting apabila dimaklumkan tentang perlakuan anak mereka.
Cuma saya hanya mampu menasihatkan anak lelaki saya agar tidak mencuba dengan perkara-perkara yang tidak baik.Jangan sekali-kali mencubanya.Anak saya ada juga menegur rakan-rakannya tapi mereka mengatakan anak saya hendak tunjuk baik.Sejak itu, anak saya tidak lagi menegur mereka.Sebab itu, saya sering intip pelakuan anak saya melalui celahan tingkap.Tidak mahu dia melibatkan diri dengan merokok.Kadang-kadang sedih juga tengok, budak-budak yang berusia 13 -15 tahun tanpa segan silu menghisap rokok.Manalah mereka dapat wang untuk membeli rokok itu.

Pena Kasih:Nasihat demi nasihat sering dilakukan kepada anak-anak agar mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik.

Wednesday, December 16, 2009

SAMPUL SURAT


Sampul surat yang pelbagai warna, corak yang menarik malah wangi sekali apabila dicium.Kalau dahulu,zaman remaja, bertunang mesti mencari sampul yang wangi dan menarik untuk dihantar kepada rakan-rakan mahupun orang yang tersayang.
Hari ini, sampul surat menjadi perbicaraan saya kerana terpandang perkataan 4U2C semasa menonton rancangan Jangan Lupa Lirik.Mengapa?Sudah tentu ada yang tersirat daripada perkataan 4u2c itu.
Koleksi sampul-sampul surat masih lagi tersimpan rapi di dalam sebuah beg.Koleksi surat-surat dari yang tersayang masih saya simpan.Bayangkan berapa tahun sudah surat-surat itu begitu rapi dan kemas tersusun di dalam sebuah beg.
Perkataan 4u2c, Dedicated 2,Khas buat yang tersayang,Untukmu dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang ditulis di luar sampul surat yang ditujukan khas untuk orang yang tersayang.Kini,saya lihat sampul surat bukannya menjadi sesuatu yang menarik kepada remaja hari ini kerana mereka jarang sekali berutus surat malah dengan zaman yang serba moden, perantaraan mereka adalah melalui HP dan internet.Kalau adapun, mungkin kad-kad hari jadi dilayangkan buat orang yang mereka sayangi sahaja.
Betapa bertuahnya kita pada zaman dahulu.Kalau dahulu public phone dan telefon rumah menjadi perantaraan terdekat kita dan juga surat-surat tapi kini berbeza.Mereka tidak memerlukan itu semua.Nak tengok orang tersayang, cukup melalui HP.Begitu canggihnya mereka pada zaman ini.

Pena Kasih: Khas untukmu yang tersayang...............

PENANGGUHAN

Mesyuarat Guru 1/2010 akan ditangguhkan pada 28.12.2009 (Isnin)jam 8.30 pagi di bilik Mesyuarat SKCC.So, kepada semua guru skcc yang membaca blog diminta mengambil perhatian.
Setelah berbincang dengan GB,banyak perkara yang perlu dinyatakan dan diambil tindakan pada minggu hadapan sebelum mesyuarat guru diadakan.Banyak maklumat from pihak atasan tidak diperolehi untuk dinyatakan kepada semua guru.So,setelah diadakan perbincangan akhirnya kami bersetuju mesyuarat tersebut ditangguhkan pada hari tersebut.So, ada peluang lagi guru-guru yang balik kampung untuk berehat-rehat bersama family di kampung.
Namun, semua dokumen untuk diagihkan kepada guru telah disiapkan.

Pena Kasih:Ada peluang lagi untuk saya bersantai bersama family di luar daerah pada minggu hadapan.

ADAKAH IA MENGUJI KESABARAN........

Petang tadi, bergegas ke sekolah.Menyiapkan kerja dan seterusnya menerima kerja baru yang sepatutnya diisi oleh HM.Hendak tak hendak, saya terpaksa menerima juga tugasan tersebut walaupun yang mendengar taklimat bukan saya.Sampai sahaja sehingga jam 6.00 petang tiada langsung saya berehat sebaliknya terus mengadap kerja yang semakin banyak dan membebankan saya.Adakah ianya menguji kesabaran saya......................
HM hanya meletakkan maklumat di atas meja.Semuanya perlu saya buat sedangkan selama ini saya telah menyiapkan dan hanya perlu isi dan online sahaja.Masih juga memerlukan saya untuk mengisi semua maklumat.
Peringkat awal saya kecewa kerana semua maklumat yang diberikan tidak boleh untuk di online.So, I called others school HM and get some information from him.After that, i can do my work and its take a short time to finish it.So happy.If not, saya rasakan ia sesuatu yang membebankan dan menyusahkan saya sehingga waktu senggang saya tiada.Malah, anak-anak merungut kerana terlalu banyak menghabiskan masa di sekolah.Oh....saya terlupa yang mereka juga memerlukan perhatian daripada saya.Kasihan anak-anak kerana kesibukan ibunya.
At the same time audit from KPM and JPN datang ke sekolah jam 5.30 petang.Berjumpa dengan HM.

Pena Kasih: Setiap individu diuji kesabarannya oleh Allah.

Tuesday, December 15, 2009

RASA BERTANGGUNGJAWAB

Ingatkan hari ini hendak rileks sahaja di rumah.Namun, saya ni jenis yang tidak tahu duduk diam,lalu mengambil keputusan ke sekolah pada waktu petang.Banyak juga kerja yang dapat saya selesaikan dan semua jadual waktu untuk diagihkan kepada semua murid sebelum naik sekolah telah saya fotostat untuk diagihkan kepada mereka sewaktu pembelian peralatan tulis pada 31 dan 1 Januari 2010.
Lega juga saya kerana semua dokumen yang perlu diserahkan kepada semua guru juga telah saya siapkan.Menantikan mesyuarat guru pada 23 haribulan ini.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya.Banyak juga maklumat yang perlu saya selesaikan untuk pihak atasan yang mana tidak dapat diselesaikan oleh HM.Allhamdulillah, semua permohonan saya untuk membeli fail putih untuk kegunaan panitia for next year juga telah diperolehi.Menanti untuk diagihkan kepada semua KP masing-masing.Sekarang saya cuba untuk mendapatkan maklumat tentang sistem fail yang sebetulnya bersesuaian denga ISO.Ada beberapa buah sekolah lagi yang belum diberi kesempatan mendengar taklimat tentang sistem fail termasuk sekolah saya.
Esok ke sekolah pula untuk memasukkan markah prestasi semua staf.Actually, saya tidak berapa faham bagaimana hendak memasukkan markah menggunakan perisian kalau hanya mendengar sahaja tanpa kita sendiri yang membuatnya.It's not easy apatah lagi saya yang masih baru belajar.Namun, jika dah tahu, insyaAllah, saya tidak menyusahkan orang.I will try to do it.Sebelum HM balik tadi, dia juga telah mengamanahkan saya untuk menyiapkan semua dokumen untuk dibawa semasa mesyuarat pengurusan awal tahun pada hari Khamis.Bukan senang juga hendak menjadi seorang pentadbir sebenarnya.Banyak pengorbanan perlu dilakukan.Kalau orang lain, boleh berjalan-jalan tapi kita lebih banyak masa di sekolah walaupun cuti.Memang kita boleh bercuti tapi banyak perkara yang perlu dibereskan dan ini menjadikan percutian itu tidak selesa.Cuma satu sahaja niat saya apa yang dilakukan adalah kerana amanah yang telah diberikan kepada kita untuk sesebuah organisasi.

Pena Kasih: Masih belum menikmati percutian sebenar.

Monday, December 14, 2009

BOLA SEPAK


Permainan bola sepak antara Malaysia dengan Laos pada malam ini yang berakhir dimenangi oleh Malaysia 3-1.Memang sudah lama saya tidak menonton perlawanan bola sepak tapi malam ini bersama-sama dengan hubby dan anak lelaki, saya duduk di hadapan televisyen untuk menyaksikan perlawanan tersebut.Teruja juga untuk melihat aksi pemain negara kita.
Kalau dahulu dan semasa remaja, pelawanan bola sepak yang disertai oleh negara kita memang saya tonton walau sesibuk mana sekalipun.Pemain-pemain seperti Mokhtar Dahari,Soh Chin Aun,Santokh Sing, R.Arumuggam merupakan pemain bola sepak yang menjadi idola saya.Seronok melihat kesungguhan mereka bermain menentang pasukan lawan.Sekarang,Malaysia melahirkan pemain-pemain muda yang memang tidak saya kenali seperti pemain-pemain dahulu.Tidak terlalu mengikuti perkembangan sukan negara kita.Tapi,malam ini saya menemani anak lelaki menyaksikan pelawanan tersebut.Seronok juga .

Pena Kasih:Semangat juang pemain negara kita dikagumi walaupun terdapat beberapa kelemahan.

MAKAN DI LUAR


"Ma,hari ni kita makan kat luar.Dah lama tak makan di luar.kita nak makan nasi paprik."
Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut my son sebaik sahaja saya sampai di rumah jam 6.00 petang.
"Ok.We will go at Kampung Jawa after maghrib,"said his father.
Nampak jelas sekali wajah kegembiraan Haziq yang sudah lama tidak merasai masakan nasi paprik di Kampung Jawa.Tiada makanan lain yang di order selain nasi paprik yang menjadi kegemarannya setiap kali makan di luar.
Kadang-kadang, saya masakkan nasi paprik kegemarannya yang tidak mengandungi sayur-sayuran.Tidak menggemari sayur-sayuran.Sering dimarahi oleh ayahnya kerana tidak pernah sekali hendak makan sayur-sayuran lain selain sayur sawi yang dipotong kecil-kecil setiap kali dimasak.
Sukar untuk saya menyuruhnya memakan sayur-sayuran.Justeru, ayahnya terpaksa mencari inisiatif lain untuk memastikan his son mendapat makanan yang seimbang.
Begitu juga dengan jenis buah-buahan.Saya gembira melihat budak-budak makan buah-buahan tetapi berbeza dengan anak saya yang tidak suka akan buah-buahan kecuali buah epal,limau dan tembikai.Apatah lagi, buah-buahan seperti durian, manggis yang memang jauh sekali untuk disentuhnya.Saya selalu katakan, rugi tidak merasai nikmat yang Allah berikan kepada kita.At least,rasailah buah-buahan tempatan.

Pena Kasih:Sedang menantikan buah duku,langsat dan dukong yang begitu lebat berbuah.

KEKECEWAAN........


5.30 petang still dekat sekolah.Mengemas kini semua fail untuk next year pula.Namun ,hari ini memang begitu kecewa kerana semua gambar yang saya ambil sepanjang persekolahan tahun 2009 yang disimpan di desktop hilang begitu sahaja.Mungkin saya tersilap 'copy'.Kenangan indah bersama-sama guru dan murid yang diabadikan untuk ditatap di waktu-waktu kelapangan tidak mampu untuk diselamatkan lagi.Yang ada hanya memori silam sahaja.Mengulit kenangan bersama-sama mereka memang sukar untuk dilupa especially year 6.
Dalam pen-drive juga tiada kerana semuanya telah saya deletekan.Sukarnya untuk saya mencari gambar-gambar comel anak didik saya.Gambar-gambar kemanjaan dan kemesraan mereka bersama dengan guru SKCC.

Pena Kasih:Cuba untuk mencari simpanan gambar daripada rakan-rakan.

Sunday, December 13, 2009

FISH GAME


'Fish Game' adalah sejenis permainan yang menguji kesabaran kita untuk menangkap seberapa banyak ikan menggunakan joran apabila alat tersebut berpusing.Hari ini, Hafiz mengeluarkan permainan tersebut yang dibeli oleh ayahnya untuk dikongsi bermain dengan Abang Ngah, Pak Uda,Aleen dan Pak Ngahnya.
Hafiz yang tidak tahan diuji kesabaran kerana kegagalan memperolehi seekor ikan meninggalkan permainan tersebut.Mudah putus asa.Lalu jorannya disambut oleh Aleen dan Aleen mampu memancing ikan dengan banyaknya.
My BIL also very interested to joined the game .Apabila Pak Ngahnya gagal memperoleh seekor ikan, Hafiz lantas mengambil joran dan mengatakan Pak Ngah tak pandai main.Tersenyum Pak ngahnya melihat aksi dan keletah Hafiz yang begitu mudah melabel kami yang tidak pandai bermain.
Lantas, Hafiz mengambil HP saya untuk mengambil gambar semasa Pak Uda, Haziq dan Aleen bermain.Namun kemenangan berpihak kepada Aleen, tempat kedua Pak Udanya dan ketiga Haziq.

Pena Kasih:Kerinduan terubat kepada Hafiz dan Hadif apabila abang Ngah beria-ia hendak berjumpa dengan mereka hari ini.

JALINAN RAKYAT-SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG


Program yang dianjur oleh UMNO Bahagian Segamat, Sekijang dan Labis ini berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis yang dirasmikan oleh Datuk Sulaiman Taha.Buat pertama kalinya saya menghadiri program seumpama ini kerana ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan Jalinan Rakyat dan intipati yang terkandung dalam program tersebut.
Selepas itu,kami diberi penerangan tentang pengertian jalinan rakyat yang lebih menjurus kepada persiapan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya akan datang.
Actually, I can't exstand too long to hear a talk from Senator Sharifah Azizah Syed Zain.Nearly one hour saya dengar ceramah daripada beliau dan mengambil keputusan balik awal apabila sampai ke slot yang kedua.Perjalanan pergi dengan menaiki bas dan balik saya meminta ayah mengambil kami kerana saya tidak menunggu sehingga slot ke 2.

Pena Kasih:Cuti peluang saya bercampur dengan orang luar.

Saturday, December 12, 2009

HABUAN


Rengekkan Haziq kerana hendak membeli bola merimaskan saya.Minggu ini sahaja dua biji bola dibelikan untuk Aziq dan rakan-rakannya bermain.Selepas menghadiri majlis perkahwinan di rumah Kak Adrah di Pemanis dan juga merupakan rakan sekerja suami sewaktu beliau mengajar di Pemanis,kami singgah di kedai menjual alatan sukan di Jalan Genuang.Tersenyum Haziq menerima bola pemberian ayahnya.
Bola pertama dibeli bocor kerana bermain dengan lasaknya.Hari ini, ayahnya membelikan sebiji bola lagi untuknya bermain pada waktu petang.Anak-anak sekarang memang pandai.Untuk memujuk ayahnya, sanggup apa saya kerja dilakukan demi mendapat apa yang diimpikan.Pagi lagi sudah bangun dan membersihkan dapur.Mengelap lantai dan membasuh pinggan mangkuk. Kemudian mengambil kain yang diletakkan di dalam bakul lalu dibasuhkan.Saya yang ketika itu sedang membersihkan bahagian tanah terperanjat melihat semua kerja telah dilakukan semata-mata hendak mendapatkan habuan.Semua kain telah dilipat rapi dan diletakkan di dalam bakul.Dia memang pandai mengambil hati kami hingga membuatkan ayahnya tidak sampai hati untuk tidak membelikan sebiji bola.Namun begitu,kawan-kawannya bersepakat untuk membayar bola tersebut mengikut kemampuan mereka.

Pena Kasih:Walaupun bermain bola berhampiran rumah, saya selalu memantau dan mengingatkan beliau agar tidak merokok kerana terdapat banyak puntungan rokok bersepah-sepah di bawah pokok.Banyak kali juga ditegur agar tidak merokok kerana mereka masih bersekolah tapi tidak dihiraukan.Rokok daun pun ada.

Friday, December 11, 2009

SENGATAN


Sengatan berbisa daripada salah satu jenis serangga menghinggap di beberapa tubuh badan saya.Saya tidak pasti sengatan daripada serangga apa sewaktu saya bersama emak merintis dahan-dahan pokok di bawah dusun durian.Mencantas beberapa batang dahan dan seterusnya menebang pokok-pokok kecil.Mengambil peluang pada petang ini ke dusun durian yang terletak di belakang rumah saya.Tanpa menyedari terdapat sarang serangga yang tidak diketahui spesisnya di celah-celah daun.Memeranjatkan saya apabila sengatan terkena dan terus meninggalkan kawasan tersebut.Terbantut untuk meneruskan kerja-kerja mencantas dan merintis dahan-dahan pokok.
Bersyukur kerana sengatan itu boleh dikawal kesakitannya setelah saya membuangkan sengatannya dan seterusnya meletakkan ubat di tempat yang terkena sengatan.Tidak pasti adakah ianya lebah atau penyengat.Bila dah kena memang tidak kisah apa jenis serangga.Yang pasti melarikan diri dari kawasan tersebut.Terjerit-jerit memanggil nama emak yang kedudukannya agak jauh dari saya dan meminta emak melihat sengatan tersebut.
Apabila terkena sengatan ini, teringat pula saya suatu cerita yang menimpa diri saya sewaktu kecil dahulu.Sengatan tebuan.Mak mengimbau kembali cerita lama.Ketika itu saya membonceng basikal yang dibawa oleh emak.Entah dari mana tebuan itu muncul lalu menyengat kepala saya.Meninggalkan kesan di mana kawasan yang terkena sengatan tebuan ditumbuhi uban.Orang-orang tua berkata,jika kepala kita disengat oleh tebuan mahupun lebah, mudah mendapat uban.Wallahualam.Sebenarnya sudah sampai masanya rambut kita nak beruban selari dengan usia kita...eh but i'm still young.Perasaan kot.So, memperingatkan diri kita yang kita semakin tua dan perlu banyak mendekatkan diri kepada Allah.

Pena Kasih:Sengatan itu bisa.

Thursday, December 10, 2009

SELINGAN LAGU


Sambil menyiapkan kerja-kerja terakhir,Yati membuka CD lagu-lagu yang begitu menyusuk hati dan perasaan.Memang sedih sekali.Mulalah teringat kisah-kisah lama dahulu.Kisah sewaktu di zaman percintaan.Lagu-lagulah menjadi teman di perantauan,berjauhan dengan keluarga dan orang yang tersayang.
Bukan peminat radio,malah apabila hubby buka radio saya mesti suruh dia memperlahankan volume.Dulu lain sekarang lain.Tapi hari ini, di pejabat sambil membuat kerja PAP membuka radio.Mulalah nostalgia lama bermain-main di fikiran ini.
Mempunyai ramai kawan yang entah dari mana pelusuk tidak diketahui.Memang berkawan ramai, bercinta ramai tapi untuk menjadi teman sehidup hanya seorang sahaja.Namun, saya ni jenis yang sukar untuk meluahkan perasaan cinta.Suka tengok orang lelaki meluahkan perasaan cinta dengan pelbagai ungkapan yang dicetuskan tapi saya biarkan mereka dengan angan-angannya.Kadang-kadang mereka pelik dengan cara saya.Tapi itulah saya.Kadang-kadang apabila posmen menghantar surat,tersenyum dia melihat berpucuk-pucuk surat sampai dalam masa sehari.Ramai peminat.....................jealous juga si dia at that time.
Kalau dulu,lagu-lagu yang berunsur cinta sudah tentu diputar setiap hari.Mengumpul duit untuk membeli 'tape' dan kemudian diperdengarkan ketika hendak tidur.Mulalah berangan dan berdoa agar dapat seorang suami yang menunjukkan kasih sayang seperti yang didengar dalam lirik lagu tersebut.Ah.......itu hanya angan-angan saya ketika itu.
Rupa-rupanya si dia juga romantik.Suka dengar lagu-lagu berunsur cinta.Kita serupa.......Hanya suka mendengar lagu cinta tapi apabila bercakap atau berhubung memang kelu lidah ini untuk mengungkapkan kata-kata berunsur puitis.Malah,hanya lirik-lirik lagu yang terpilih perkataannya yang menggambarkan betapa rindunya pada si dia dileraikan di atas kertas.Mulalah si dia berangan dan tersenyum dengan penerimaan perkataan tersebut.Kalau ada sahaja lirik-lirik lagi keluar di newspaper mulalah potong dan tampal pada kertas untuk dihantar kepada si dia.Ah......itu cerita dahulu yang tidak akan hilang diingatan ini setiap kali lagu-lagu berkumandang di corong radio.Banyak meninggalkan kenangan manis antara saya dengan si dia.Sukar untuk dipadamkan bersama dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada saya.Terima kasih ayang.

Pena Kasih: Peminat lagu Alleycats, Jamal Abdillah dan Hattan.

MENERIMA KRITIKAN

Setiap orang sudah tentu resah apabila setiap penulisannya dikritik.Perasaan geram,marah dan pelbagai andaian dilemparkan kepada pengkritik.Bohonglah kalau kita tidak mempunyai perasaan seperti itu.Sedikit sebanyak sudah tentu ada.Semua orang hendakkan yang terbaik buat diri sendiri.Begitulah yang berlaku pada saya.Dikritik dalam penulisan di blog kerana dikatakan menggunakan perkataan bahasa Inggeris yang salah dan kemudian memohon maaf kerana penggunaan perkataan tersebut betul dan bersesuaian dengan ayat yang saya gunakan.Saya maafkan beliau sama ada saudara/saudari/tuan/puan yang berselindung di sebalik nama.
Saya akui saya bukanlah pelajar yang dihantar ke sekolah English Medium tidak seperti suami yang ayahnya bersusah payah untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan Inggeris yang dikatakan menjamin masa depan.Saya dihantar oleh ibu bapa ke sekolah yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu.Apatah lagi,saya berasal dari kampung yang sedikit sebanyak faktor persekitaran dan keluarga memainkan peranan dalam penguasaan bahasa tersebut.Namun,saya bersyukur kerana ibu bapa mampu menghantar saya ke sekolah tersebut.Kemudian saya juga menerima pendidikan di Convent yang sedikit sebanyak membantu saya menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan setiap hari.Tidak bercakap dalam bahasa Inggeris akan didenda.Alhamdulillah, saya berusaha untuk bertutur walaupun tidak fluent seperti orang lain.Sampai sekarang, apabila sister Mary melawat ke sekolah, sudah tentu kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana beliau pernah mengajar saya ketika di sekolah menengah.
Bukan senang untuk mempelajari bahasa kedua tapi selagi kita hendak dan berusaha, insyaAllah kita mampu lakukan.Saya ingat sewaktu mengajar di Jengka, saya telah diarah untuk membantu mengajar bahasa Inggeris kerana kekurangan guru bahasa Inggeris.Saya terima cabaran tersebut dan selama setahun saya mengajar bahasa Inggeris darjah 1 yang rata-ratanya anak murid tidak memahaminya.Mereka kurang vocab dan saya dengan bantuan suami yang ketika itu mengajar bahasa Inggeris membantu saya.Saya diobserved oleh GPK selama hampir setiap hari untuk memastikan saya mengajar mereka dengan betul dan penggunaan perkataan yang betul.Alhamdulillah, saya lakukan hanya untuk anak-anak murid dan bukannya semata-mata kerana ego sebagai seorang guru.
Kemudian, apabila diminta untuk pergi kursus bagi Maths and Sc in English, di peringkat awal, tiada siapa yang hendak mengikuti kursus tersebut kerana kurang yakin dengan kemampuan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dan akhirnya cikgu Norlis meminta saya pergi menyertai kursus tersebut.Alhamdulillah, at least I learned something daripada kursus tersebut dan sehingga kini saya masih mengajar mereka subjek science walaupun BISP ditarik balik kerana telah memegang jawatan hakiki dalam pentadbiran.Bukan imbuhan daripada mengajar subjek tersebut tetapi pada saya ilmu yang kita terima dan miliki itulah yang perlu kita curahkan kepada anak didik.
Saya bersyukur kerana mendapat suami yang sentiasa membantu saya terutama jika saya keliru dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dan saya tidak malu untuk menelefonnya sewaktu beliau bekerja untuk mendapatkan kepastian dan setiap kali saya ajukan perkataan tersebut, dia katakan saya menggunakan perkataan dan ayat yang betul.Itu diperingkat awal sewaktu mengajar SC in English tapi kini saya sudah biasa dengan perkataan-perkataan tersebut.Kami juga mempunyai BSS yang banyak membantu guru-guru dalam penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan juga mempunyai HM yang sentiasa bertutur dalam bahasa Inggeris kepada semua guru.Malah, pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja sekolah kini sudah boleh dan faham penggunaan bahasa Inggeris.
Kami juga sentiasa menerima pelanggan-pelanggan dari luar yang berinteraksi dalam bahasa Inggeris kepada staff sekolah.Sedikit sebanyak mereka faham.
Saya masih ingat lagi,pelajar-pelajar hubby di SMK Seri Jengka yang takut untuk berjumpa dengannya kerana mereka tidak berpeluang untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.Akhirnya semua pelajar tersebut mampu bertutur dan berbahas dalam bahasa Inggeris dengan lancarnya.Sebenarnya tidak rugi kita belajar bahasa kedua walaupun adakalanya grammar kita tidak sehandal orang yang sememangnya pandai dalam penggunaan bahasa Inggeris.Saya akui adakalanya saya melakukan kesilapan malah menerima setiap kesalahan dengan hati terbuka kerana kita sentiasa belajar,sentiasa menggali ilmu, sentiasa mencari sesuatu yang baru dan sentiasa untuk membetulkan kesalahan pada diri kita.Terima kasih kepada mereka yang sentiasa melayari blog saya dan mengkritik setiap penulisan saya.Kita adalah manusia yang tidak sempurna, yang ada cacat celanya,yang ada kesilapan dan kesalahan tanpa disengajakan.

Pena Kasih:Menerima kritikan dengan hati terbuka dan tidak berdendam.

Wednesday, December 9, 2009

ALLEN GEMBIRA




Perjalanan ke Johor hari ini bertambah meriah dengan kehadiran anak saudara hubby yang ingin ke sana.Sudah lama Allen tidak ke Johor menemui Mak Longnya.Berpeluang membawanya ke sana dan bergembira dengan sepupunya sementara saya dan hubby ke JPN untuk mengambil rekod perkhidmatan saya.Perjalanan yang begitu lancar dan alhamdulillah,kami sampai ke destinasi tanpa sebarang halangan.
Along yang selama ini kurang mengikuti saya kerana menumpukan kepada peperiksaan SPM berpeluang ke sana setelah tamat peperiksaannya.Bergembira bersama Allen.Kami tidak lama di Johor dan lebih kurang pukul 3.00 bertolak pulang ke Segamat.Namun, suami sempat singgah di Angsana meninjau ke kedai buku Badan.Itulah peluangnya.Banyak buku-buku baru dan lebih kurang 2 jam beliau di sana.Sempat juga beliau membeli beberapa buah buku.Koleksi peribadinya dan saya juga mengambil kesempatan membeli buku-buku berunsur keagamaan.
Namun,saya lebih teruja melihat Allien yang begitu gembira bersama Along.Terima kasih Kak Long kerana menjamu kami dengan roti buatan sendiri.Sedap sekali masakan Kak Long, itulah kata-kata daripada my hubby.

Pena Kasih:Nak lama di JB, tapi banyak kerja yang perlu dibereskan dan boss kebetulan bercuti terpaksa ambil alih tugas.

RM7000.00


Tahniah kerana anda telah terpilih memenangi wang tunai sebanyak RM7000.00.Anda pengguna bertuah kerana Pejabat Celcom Kuala Lumpur telah memilih puan sempena ulangtahun yang ke 31 Celcom.Saya Mohd Rashid Sulaiman,pegawai esketuif syarikat Celcom.
Puan diminta untuk memaklumkan no akaun puan kepada pihak kami kerana kami akan memasukkan sejumlah wang tersebut ke dalam akaun puan petang ini.
Saya menerima panggilan yang terpapar di skrin perkataan 'private number'.Ketika kereta dipandu oleh suami untuk menuju ke JPN.Saya hayati setiap butir patah perkataan yang diucapkan oleh sipemanggil.Loghatnya seperti orang Indon dan tidak semudah itu untuk saya mempercayai beliau.Saya membalas balik dengan meminta beliau menyatakan nombor telefon Celcom Kuala Lumpur dan saya sendiri ingin bercakap dengan pihak atasan.Akhirnya, En Mohd Rashid memaklumkan yang dia akan SMSkan nombor tersebut dan sehingga petang tiada sebarang berita daripada beliau.Ternyata itu adalah panggilan palsu yang cuba untuk memperdayakan pengguna telefon bimbit.Acapkali juga saya menerima panggilan tersebut meminta nombor akaun tetapi kerap kali apabila saya minta nombor sebenar, mereka gagal untuk memberitahu.Saya tidak teruja langsung dan tidak terlintas difikiran ini tentang wang RM7000.00 kalau jalannya bukan cara yang betul.

Pena Kasih:Lebih berhati-hati lain kali.

Tuesday, December 8, 2009

SEHARIAN DI SEKOLAH


Sudah dua hari berada di sekolah.Pelbagai perkara perlu dibereskan.Walaupun tugasan guru untuk tahun hadapan telah disiapkan, nampaknya banyak yang perlu diubah suai.Biasalah,banyak juga yang perlu diperbetulkan.Kini, saya sedang menyiapkan surat pelantikan guru untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan semuanya dapat berjalan dengan lancar.
Hari ini, saya berada di sekolah seawal jam 7.45 hingga 5.00 petang.Berkumpul bersama-sama dengan Kak Ana dan Ekin.Membincangkan pelbagai perkara khususnya berkaitan dengan tugasan guru untuk tahun hadapan.
Apabila menghadap komputer sahaja,timbul juga rasa jemunya,penatnya dan membosankan.Tapi apabila mengenangkan perlu diperbetulkan beberapa perkara,digagahi juga tangan ini menaip satu persatu dengan kelancaran dan kemahiran yang diperolehi berkat mempelajarinya.
Apabila sudah bosan dan tidak mampu menghadapnya kerana keletihan yang berpanjangan,maka tutuplah komputer dan disimpan buat seketika.
..............Esok saya bercuti kerana ada urusan di jabatan.Terima kasih kak Yati yang sudi untuk mengambil alih tugas pada hari esok.Kita ganti minggu hadapan.

Pena Kasih:Walaupun seharian di sekolah,keletihan yang teramat sangat, namun senyuman tetap dilemparkan pada hubby.

Monday, December 7, 2009

SEMUANYA DIJADIKAN IKTIBAR

Dalam menempuh kehidupan berumahtangga sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai ranjau dan duri.Sebagai ketua keluarga, kita perlu mengetahui dan memahami peranan kita dalam menguruskan rumah tangga.Justeru,sebagai suami kita hendaklah memahami perasaan isteri.Begitu juga sebagai seorang isteri,peranan dan tanggungjawab perlu dilaksana dan digalas bersama-sama.Jika tidak memahami akan tanggungjawab,sudah tentu pelbagai perkara sukar untuk dibincang dan akhirnya rumah tangga menjadi kucar-kacir.
Banyak cerita yang pernah mereka luahkan kepada saya.Meluahkan ketidakpuasan hati terhadap isteri mahupun suami.Baru-baru ini, saya menjadi pendengar yang setia.Sekadar dapat menasihatkan agar setiap permasalahan yang berlaku hendaklah dibincang dengan baik dan cuba mengawal perasaan agar ianya tidak berpanjangan.Cuba elakkan perpisahan kerana perkara itu memang dibenci oleh Allah.Sebagai suami,/isteri eloklah mengawal emosi kerana seorang isteri/suami memerlukan belaian kasih sayang.Jangan terlalu mengikut emosi yang akhirnya membawa padah pada diri sendiri.Bila si isteri /suami tidak lagi menunjukkan kasih sayang, kita renunglah dengan sedalam-dalamnya apakah kesalahan kita.Mencari punca yang membawa kepada perbalahan sehingga si isteri/suami tidak sanggup untuk pulang ke rumah.Subhanallah.Bila keadaan ini berlaku sudah tentu kita berada dalam keadaan yang tidak tenteram dan akhirnya gagal melaksanakan kerja dengan baik.Percayalah,komunikasi yang berkesan antara pasangan suami isteri ,saling percaya-mempercayai antara satu sama lain,saling tolong menolong, itulah jalan yang membawa kepada kebahagiaan.Kadang-kadang,saya kasihan melihat wajah si isteri/suami yang tidak ceria kerana mereka masih gagal untuk menyelamatkan rumah tangga.Semuanya menjadi iktibar kepada diri saya sendiri.

Pena Kasih:Sering dijadikan tempat meluah perasaan.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails