Friday, March 13, 2009

KENANGAN

Tiba-tiba kenangan bersama rakan-rakan ketika menuntut di USM menerjah ke fikiran saya.Teman sekuliah ketika di Melaka, Ikin, Adam, Puziah, Norena, Adam,Latif ,Rohidi serta Nizam mengimbau kenangan saya ketika kami bertemu di USM pada tahun 2004.
Pertemuan tanpa disangka ketika mula menjejak kaki di USM sehinggalah kami menghabiskan pengajian pada tahun 2008.Alhamdulillah, semuanya berjaya menghabiskan
pengajian kecuali Norena yang tidak dapat menamatkan pengajian kerana masalah kesihatan.
Bulan Ogos 2008, kami bertemu semasa konvo di USM.Masing-masing membawa keluarga yang turut meraikan kejayaan kami.Segala dugaan dan cabaran berjaya kami harungi dan tempuhi sepanjang kami belajar.
Pengorbanan keluarga setiap kali kami pergi ke kuliah pada bulan November selama 3 minggu menyemarakkan semangat kami untuk terus berjuang menuntut ilmu.Si isteri meninggalkan suami dan anak-anak sementara sang Suami meninggalkan isteri dan anak-anak.
Namun begitu,persahabatan kami tidak habis di situ sahaja.Kami masih lagi bertanyakan khabar di antara satu sama lain.Sebagai kawan,yang penting ialah keikhlasan hati.Saya berdoa agar kalian akan terus menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.
Suami ada menyuarakan kepada saya agar meneruskan pelajaran ke peringkat sarjana.Bukannya saya tidak mahu tetapi mengenangkan anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang, saya lupakan sejenak perkara tersebut.
Yang penting, kini saya memberikan sokongan moral kepada suami untuk meneruskan hasratnya untuk memperolehi PHD.Mama sering mendoakan untuk ayang agar berusaha dan berusaha untuk mencapai hasrat dan impian ayang.........................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails