Sudah masuk hari ke-enam,kita menyambut hari raya.Masa begitu pantas sekali.Masih terasa bahang kehangatan bulan puasa.Makan pun sehari sekali sahaja seolah-olah di bulan puasa.
Tercetus di mulut ini semasa berbual dengan hubby.Sayangnya bulan puasa.Terasa seronoknya di bulan puasa.
Baru malam tadi berkesempatan menonton televisyen sambil membuat beberapa kerja.Dendangan lagu hari raya berkumandang di corong radio mahupun televisyen.Saya memang kurang berminat dengan rancangan yang disiarkan di tv.Cuma apabila rancangan yang berkaitan dengan keagamaan, hubby mengajak saya mendengar dan menghayatinya.
Masa begitu cepat berlalu.Sudah mula bekerja pada hari Jumaat .Bersama-sama dengan staf sokongan kami sempat berbual-bual sambil bekerja.Minggu yang akan muncul ini merupakan minggu sibuk.Minggu untuk mengadakan solat hajat dan persediaan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Macamana lah anak murid saya yang sedang bercuti.Adakah mereka lupa dengan buku-buku.Mudah-mudahan tidak.Sebelum cuti lagi saya sudah berpesan agar tidak melupakan buku walaupun berhari raya.Kerja sekolah telah dibekalkan.Harap mereka menyiapkan tugasan yang diberikan.
PENA KASIH :Hargai masa....

No comments:
Post a Comment