Saturday, November 14, 2020

KEMALANGAN DI KUANTAN

 

Episod 2


Dari celah tabir langsir aku melihat beberapa orang doktor sedang melakukan tugasnya.Aku hanya berdiri jauh dari katil anakku dan melihat doktor sedang  melakukan sesuatu di mata anakku,

Setelah selesai operasinya,aku dipanggil untuk melihat wajah anakku.Aku memanggil namanya dan dia menyahut dengan linangan air mata,Tanpaku sedari air mataku mengalir juga.Aku hantar dia pergi dengan wajah sempurna dan kali ini aku lihat wajahnya bengkak dan terdapat beberapa kesan luka .Meruntun hatiku melihatnya.

Aku  menghampiri katilnya dan memanggil namanya....alhamdulillah dia sedar tapi mamai aku rasa.Aku lihat berlinang air matanya apabila aku memanggilnya.Aku rehat bersamanya dan tiada apa  yang aku bawa ketika itu.Aku tidak tahu keadaan sebenarnya .Terima kasih juga buat Dr.X yang banyak membantu aku dan anakku sepanjang aku  berada di HTAA.Lemah sebenarnya badan aku ketika itu.Tidak berdaya tapi aku tabahkan hati di hadapan anakku.Aku tidak mahu dia sedih melihat aku.

Aku biarkan dia berehat seketika...aku tahu badan-badannya sakit akibat kemalangan itu.Aku tahu kepalanya sakit dan tubuhnya sakit.Bila telah reda sedikit aku bertanya hal yang sebenarnya.Dia kata dia tidak ingat apa yang berlaku,Hanya menyedari dirinya telah berada di hospital.Sedih aku mendengarnya.

Dia juga bertanyakan handphone yang entah ke mana hilangnya di tempat kemalangan itu.Sepanjang berada di situ hanya HP sahaja yang ditanyakan.Dia sayangkan HP yang dibeli hasil daripada duti simpanannya sebelum dia bekerja di tempat baru.

Hari pertama aku tidak menjaganya kerana Dr X yang bekerja pada waktu malam akan melihatnya.Aku hanya hadir pada waktu pagi setelah membeli beberapa barang keperluannya.Terima kasih juga kepada kak Murni yang sudi untuk melihat anakku sepanjang waktu pagi itu.

Alhamdulillah anakku cepat sembuh kerana pada hari kedua wayar-wayar yang disambung pada  badannya telah dicabut satu persatu.Petangnya juga bukan senang untuk aku masuk ke wad..pelbagai helah aku berikan untuk membolehkan aku melihat anakku.Akhirnya aku dapat masuk dan aku berbual-bual dengannya.Dia akui sepanjang berada di bahagian kecemasan dia terfikir adakah mama tahu keadaan dirinya.Dia tidak tahu cara untuk memberitahu mama kerana dia tidak mempunyai telefon untuk berhubung.Aku lihat berlinang air matanya.

Aku beritahunya supaya tidak perlu risau tentang itu semua.Yang penting dirinya selamat dan masih berjumpa dengan kami.Aku bersyukur kerana dia masih mengenali diriku dan ayahnya.



No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails