Emak mengeluh air tangki yang sentiasa kehabisan di bilik air.Lalu saya maklumkan kepada hubby situasi yang sebenarnya.Lantas,hubby pun menjalankan operasinya memanjat siling rumah untuk melihat tangki air sambil saya menunggu di bawah.Meneriak namanya apabila tiada kedengaran apa-apa di atas siling dan gembira apabila mendengar suaranya menyahut panggilan saya.
Setelah diperika berulang kali, akhirnya dia mendapat bukti menyebabkan air tangki yang tidak naik.Bermulalah operasinya.Kemudian, dia melihat paip di bilik air.Setelah diteliti,lalu mengambil keputusan untuk membuat paip 'direct water' dan tidak melalui tangki.Menjadikan di bilik air ada dua keadaan air terus dan air tangki.
Lebih kurang pukul 5.30 petang, hubby menjalankan tugasnya yang digelar tukang paip tidak profesional dengan keizinnya saya menggelarkan gelaran tersebut melakukan opreasi mengetuk mozek dan membetulkan saluran paip yang dibuat oleh kontraktor cina yang sehingga kini saya tidak puas hati dengan kerjanya.Banyak peralatan yang digunakan tidak memuaskan hati tetapi harga yang dikenakan mahal.Selesai sudah kerjanya, tiba-tiba dia tersalah tebuk dan terkena pada saluran paip dalam batu sehingga air memancut keluar.Jelas di wajahnya kekecewaan yang amat sangat tetapi apabila melihat wajah saya yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepadanya,akhirnya kekecewaan terubat....untung juga ada isteri macam saya ni..heheheh.
Dalam keadaan hujan yang lebat dan mendoakan agar ada kedai yang menjual perkakas tersebut, kami meredahnya dan saya lihat wajahnya semakin ceria.Balik dari kedai, hubby melakukan solat sebelum meneruskan kerja-kerjanya sehingga 11.00 malam.Tidak mahu menghampakan hati emak dan ayah.Saya menunggu sambil melayan anak lelaki menonton TV perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Hong Kong.
Berkali-kali dia menyatakan tanda kesyukuran kerana saya selalu memberikan semangat kepadanya.Isteri sentiasa ada bersama suami bak kata emak saya....engkau ni macam belangkas.Mestilah emak,isteri sentiasa di sisi suami tatkala berada dalam kesusahan.
Hari ini, hubby menyiapkan kerja-kerjanya lagi.Menyimin mozek yang telah dipecahkan sambil saya menolong emak memasak dan mengemas dapur.Masak sup tulang, masak lemak ikan baung, sambal petai, sambal tempoyak durian berulamkan timun....enak sekali.
PENA KASIH:
Seboleh-boleh menjaga hati kedua ibu bapa....
2 comments:
Pengalaman akan mematangkan kita.
Emmmm...setuju.Pengalaman menjadikan kehidupan semakin matang dalam apa jua tindakan yang kita lakukan.
Post a Comment