Tidak mudah putus asa.Itulah ayat-ayat yang sering kita dengar.Dalam kehidupan ini, kita banyak melalui pelbagai kisah dan pengalaman kehidupan.Mempunyai blog sekadar menjadikan medan untuk menulis secara bersantai.Sekadar cetusan kisah rasa kehidupan tanpa membabitkan pihak-pihak tertentu kerana sememangnya mereka tidak ada dalam hati kami.Mungkin tegas ayatnya tapi itulah realitinya.
Sememangnya kami telah bertekad untuk tidak sekali-kali menyebut nama pihak-pihak tertentu dalam penulisan kerana kami tidak akan mencampuri sebarang urusan dengan mereka.Kami tetap seperti dahulu tidak pernah untuk memberikan sebarang reaksi dalam apa jua penulisan sama ada memberikan reaksi tidak senang dengan penulisan orang atau sebagainya.Sebab apa bila kita renung diri kita, kita banyak kekurangannya.Tidak sekali-kali hendak memberikan reaksi negative.Kita manusia yang banyak kekurangannya.
Kadang-kadang kita rasa malu untuk memberikan komen kerana diri kita sendiri belum tentu betulnya tapi teruja untuk membetulkan diri orang lain.Sebab itu saya pegang pada prinsip,betulkan diri sendiri sebelum membetulkan orang lain.Jangan pandai hendak menasihatkan diri orang sebaliknya kita baiki diri kita sendiri.
Saya suka berkawan dengan mereka yang tidak suka ambil tahu hal orang lain.Akan rasa tenang dan enjoy dengan dunia sendiri tanpa melupakan siapa diri kita.Yang pastinya kepadaNya kita selalu ingat dan meminta pertolongan.
PEN A KASIH :Suami selalu ingat...ukur baju di badan sendiri dalam apa jua tindakan yang hendak dilakukan.

No comments:
Post a Comment