Wednesday, December 1, 2010

RISAU

Ma, hari ini semuanya sudah kita siapkan.Pagi lagi,kita sudah basuh baju dan menyindainya.Bukan apa.........takut nanti tak ada air dan banyak kain baju tidak dibasuh.Emmm.............bagus anak mama.Itulah cerita pertama yang disampaikan kepada saya semasa saya sedang sibuk memasak di dapur.

Bilik air semuanya sudah dicuci dengan bersih............cuma hari ini kita tidak menyapu dan mengemop lantai.Dua perkara ini tidak disukai.Alhamdulillah............janji rumah tidak bersepah-sepah dan mama balik dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Rutin cuti sekolah yang dilakukan oleh anak lelaki.Semua kawasan luar juga dibersihkan termasuk mengutip daun-daun yang bertaburan di kawasan luar pagar.Semoga segala yang dilakukan ini akan menjadi satu habit kepadanya dalam membantu kerja-kerja rumah.

Lalu dia berkata,hatinya akan risau jika tidak melakukan sesuatu untuk mama setiap hari.Selepas semuanya selesai, dia akan membaca buku-buku kisah nabi yang sememangnya menjadi koleksinya setiap kali ke kedai buku.

Saya sering berdoa untuk anak-anak.Kadang-kadang tanpa disedari menitis air mata sewaktu doa dibacakan.Hati saya mudah tersentuh terutama berkaitan dengan anak-anak.Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh,anak yang mendengar kata dan sentiasa mengingatiNya.

PENA KASIH:Tersentuh hati apabila menonton cerita yang berkisarkan kisah anak-anak.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails