Friday, December 3, 2010

KARENAH


Deringan telefon berbunyi lebih kurang jam 8.45 malam.Rupa-rupanya Apiz menelefon dan meminta Pak Uda ke rumahnya.Meminta sesuatu yang sudah pastinya mainan,Pada waktu siang,Pak Uda menelefon sekadar bertanya khabar daripadanya.

Begitu bijak dia berkata-kata:
"Uda,.....uda banyak duit tak?"Ayah dah tak ada duit lagi.
"Uda,abang nak Uda belikan abang mainan.Kat Giant.Belikan abang transformer," Itulah perbualannya dengan Pak Uda.
Sebenarnya,kami baru sahaja belikan mainan untuknya.

Malam tadi kami terpaksa keluar mencari mainan untuknya.Jam hampir menunjukkan pukul 9.15 malam.Bergegas kami ke bandar mencarikan mainan untuknya.Tidak mahu menghampakan perasaannya.
Emak pun sudah memaklumkan dari petang dia asyik menyebut nama Pak Udanya.Sekejap mencebikkan muka henda menangis kerana menanti Udanya yang tidak tiba-tiba di rumahnya.

Apiz telah menanti kehadiran kami dengan perasaan gembira.Setelah memberikan mainan terus mendapatkan Uda dan duduk di paha Pak Udanya.Sebaliknya Hadif hanya melihat sahaja gelagat abangnya itu.Tidak pernah meminta apa-apa daripada kami.Cuma setiap kali hendak balik mesti meminta kami membawanya bersiar-siar di taman walaupun jam menunjukkan pukul 11.00 malam.

PENA KASIH : Melayan karenahnya................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails