Saturday, December 4, 2010

TIDAK JEMU

Sejak cuti ini, peluang untuk saya mendalami ilmu ICT begitu terbuka.Hubby yang selalu mengajar saya cara untuk meletakkan gambar di blog.Kalau selama ini, ada hati untuk mencuba tetapi masih ada perasaan takut.Sebab sebelum ini, blog saya hampir tidak boleh dibuka kerana saya suka mencuba itu dan ini.

Namun ,saya kagum dengan husband kerana dia banyak belajar secara sendiri tanpa perlu meminta pertolongan daripada sesiapa.Kini, sedikit-sedikit ilmu itu diturunkan kepada saya.Lagipun, saya perlu belajar ilmu ICT kerana keperluan saya untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran saya.Cara membuat graf dan carta organisasi.Kadang-kadang saya duduk dan cuba membuat sesuatu .Alhamdulillah setakat ini, graf dapat saya lakukan sendiri tanpa perlu saya minta pertolongan husband.Betul juga, kalau hendakkan sesuatu jangan ada perasaan jemu dan mudah bosan.Terus dan terus mencuba.

Husband selalu juga mengingatkan saya, daripada buat yang bukan-bukan lebih layari internet dan belajar untuk mendapatkan bahan.Dari situlah, saya menghabiskan masa dengan kerja-kerja saya dan melayari internet untuk mendapatkan ilmu dan bahan.

PENA KASIH :Tidak mudah jemu untuk belajar mendapatkan sesuatu yang baru......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails