Thursday, December 9, 2010

IMBAS KEMBALI




Sesuatu yang menggembirakan apabila dapat bertemu kembali orang yang dianggap sebagai seorang sahabat, guru ,along dan ibu.Hampir 6 bulan meninggalkan dunia kerjaya sebagai seorang guru dan kini menetap di Sabak Bernam bersama suami tercinta.Sempat saya berchating dengannya pada hari semalam.Sudah lama tidak mendengar khabar berita.Seronok dapat berkongsi cerita dengan orang yang pernah bersama-sama dengan saya lebih daripada 5 tahun.




Mengenalinya sebagai seorang yang tegas,berdisiplin, mudah tersenyum dan yang penting dapat dijadikan sebagai rujukan dalam apa jua keadaan.Tidak pernah melenting dalam menghadapi pelbagai situasi dan menangani dengan cara yang baik.

Kini, masa banyak dihabiskan dengan suami,anak-anak dan bercucuk tanam.Berasal dari Buloh Kasap dan mengikut suami berpindah- randah kerana bertugas.Dalam apa jua keadaan, beliau seorang yang menepati masa.Setiap kerja yang diminta akan disiap lebih awal dari tempoh yang dinyatakan.Saya kagum dengan caranya.Tidak suka menangguhkan kerja walaupun telah berada di penghujung perkhidmatan.

Namun sesuatu yang menarik pada diri beliau ialah setiap kali ingin berucap di tapak perhimpunan, beliau mesti memberi peluang kepada orang lain.Bukan tidak berani tapi mungkin segan untuk berucap di hadapan kami.Namun, apabila di hadapan pelajar, beliau merupakan seorang guru yang begitu dedikasi dalam menjalankan tugasnya.

Walaupun berada di penghujung perkhidmatan, beliau sanggup untuk mengajar murid-murid PJ.Beliau berminat untuk bersama-sama dengan anak murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani di padang tanpa rasa penat.Sebab tulah kesihatannya amat baik dan selalu memberikan nasihat kepada saya supaya rajin melakukan senaman.Ini kerana setiap hari beliau akan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk berjoging with her friends.




Walaupun tidak lama berchating dengan beliau, tapi sudah cukup melepaskan perasaan rindu sebagai seorang kawan malah kami menganggap beliau sebagai Along di sekolah dan ibu kepada kami.

PENA KASIH :Sentiasa mengingati rakan-rakan seperjuangan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails