Cuti hampir ke penghujung.Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan sebelum sekolah bermula.Bila dah hampir ni, semuanya jadi kelam kabut.Jadual waktu guru dan murid juga dalam proses disiapkan.Pengagihan masa yang betul dan adil perlu dilakukan secara telus agar tidak timbul rasa ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru.Sebelum cuti, lagi saya telah merisik dengan beberapa orang guru untuk menempatkan mereka sebagai guru kelas dan juga guru mata pelajaran.Alhamdulillah , setakat ini tidak timbul sebarang masalah.Lebih kurang 4 jam berada di sekolah pada hari ini,pelbagai perkara berjalan serentak.Sempat juga saya bersama-sama dengan pekerja swasta melihat mereka menjalankan operasi pada hari ini.
Jadual waktu untuk semua murid perlu diberikan ketika mereka membeli peralatan tulis yang mula dibuka pada 30 dan 31 Disember ini.Ini untuk memudahkan semua murid membawa buku pada hari pertama persekolahan.
Namun, kerja-kerja pentadbiran bukan sahaja tertumpu kepada urusan murid dan guru sebaliknya keceriaan sekolah juga menjadi keutamaan pihak sekolah.Sudah beberapa hari, saya lihat semua pekerja swasta telah mula menjalankan operasi membersihkan kawasan sekolah dan juga bilik darjah.Pengagihan tugas telah diberikan dan setakat ini , mereka tahu tugas masing-masing.
Kerja-kerja mencantas dahan pokok di kawasan sekolah juga telah dilakukan pada hari ini.Ini untuk mengelakkan kawasan sekolah menjadi gelap dan pembiakan nyamuk juga dielakkan.Mereka bekerja secara gotong-royong.
Pihak sekolah juga telah membeli beberapa batang pokok kelapa yang ditanan di sepanjang belakang sekolah dan telah mengeluarkan hasil.Semua buah kelapa telah digugurkan.Hari ini kenduri buah kelapa.Saya tidak ketinggalan mengambil buah kelapa untuk dibuat jeli kelapa.
BANTUAN KWAMP
Pengagihan bantuan KWAMP kepada murid-murid yang berkenaan juga telah dilaksanakan pada hari ini.Sekurang-kurangnya dengan bantuan yang diberikan ini dapat mengurangkan bebanan ahli keluarga semasa membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.Bantuan dalam bentuk wang tunai telah diserahkan sendiri oleh guru besar pada hari ini.
PENA KASIH :Kerja yang berat menjadi ringan...

No comments:
Post a Comment