Friday, December 10, 2010

DUA (2)




Sewaktu bersarapan bersama anak dan suami, timbul perkataan dua.Saya tersenyum sahaja apabila mereka berbicara soal nombor dua yang kebetulan ketika itu sepasang suami isteri sedang mendukung anak mereka.

Saya terus bertanya kepada mereka berdua apa istimewanya nombor dua itu.Emmmm......memang istimewa kata anak lelaki kerana adik-beradik kita dua orang aja.Anak tok mak dan tok yah dua orang dan anak Angah dua orang aja.Tidak bertambah-tambah.Ayahnya tersenyum mendengar anaknya bercerita.Alhamdulillah, kerana masih ada anak,malah ada yang membuang anak dan tidak mempunyai anak langsung.

Kami mempunyai sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan begitu juga dengan adik saya.Tapi tidak kepada emak dan ayah kerana mereka memiliki dua orang cahaya mata perempuan.Mereka seperti adik-beradik........ada kalanya bergaduh bila bertemu dan menjadi baik apabila dibawa berjalan-jalan.

Bila sudah memiliki cucu yang tidak ramai, ayah sayalah yang parahnya.Masing-masing hendak bermanja dengan tok yahnya dan setiap kali permintaan cucu-cucunya tidak pernah dihampakan.Ayah tetap mengatakan ini semua rezeki cucu-cucunya.

Namun, husband selalu menjadikan anak saudaranya iaitu Hapiz dan Hadif sebagai tempat untuk bermanja-mana dan membelai mereka seperti anak sendiri.Apa sahaja kemahuan Hapiz akan diturutinya malah setiap kali hari raya,kami tetap membelikan mereka baju.Anak saudara sebelah saya sering disakat oleh husband tapi mendapat imbuhan selepas itu.

Saya selalu mengingatkan mereka, walaupun anak mama dua sahaja tapi mama tetap bersyukur dan yang penting mesti tahu menjaga solat, menjaga tutur kata dan menghormati orang tua.

PENA KASIH :Syukur dengan apa yang dikurniakan...........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails