Sunday, December 5, 2010

RONDA-RONDA

Petang tadi membawa anak perempuan ke klinik.Demam.Sudah beberapa hari deman tapi masih tidak baik lagi.Tiga buah klinik telah dikunjungi tapi tiada nampak perubahan.Hari ini, ke klinik lain untuk mendapatkan rawatan seterusnya dan dr.telah berpesan sekiranya ada tanda-tanda bintik merah ,terus ke hospital.Maklumlah gejala demam denggi semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Kemudian,kami singgah di Latina.Membelikan baju untuknya sebelum ke Giant.Melayan karenah anak-anak dan anak saudara.Mereka rasa gembira bila dapat berjalan seperti ini.Berjalan dengan anak-anak sahaja sebaliknya ayahnya tidak mengikut kami.Mengemas kawasan luar rumah.

Bila dah berjalan ni, macam-macam yang diminta.Layan ajalah.......Janji hati mereka happy dan tidak menunjukkan rasa tidak puas hati.
Ingatkan nak meronda kawasan taman bunga tapi disebabkan terlalu ramai orang, anak-anak tidak mahu ke situ.Mereka terus meminta saya membawanya bersiar-siar di tempat lain walaupun dalam keadaan demam.

PENA KASIH : Janji hati anak-anak gembira .................


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails