Monday, December 6, 2010

BERANI


Tertarik dengan bait perkataan 'orang yang berani sebenarnya ialah mereka yang tidak lekas patah hati tetapi bertahan menghadapi sebarang dugaan dan cabaran".Ayat yang begitu jelas menunjukkan dalam kehidupan ini, kita memang tidak lekang daripada menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.Namun, sejauh mana kita mampu berhadapan dengan situasi itu bergantung kepada kekuatan diri dan mental itu sendiri.Malah hati juga merupakan kunci yang menyimpan segala-galanya.Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati itu.

Sepanjang perjalanan kehidupan ini, memang tidak dinafikan kita tidak dapat terhindar dalam pelbagai dugaan sama ada berat atau tidaknya .Namun, yang pastinya kesabaran dalam menangani sebarang dugaan dan cabaran itu menjadikan kita bersemangat.

Rencah kehidupan,ada kalanya dalam situasi kerja juga kita berhadapan dengan pelbagai cabaran.Itu adalah sesuatu yang normal sebenarnya.Menguji kita untuk menanganinya dengan cara yang baik.Tidak terlalu mengikut emosi sebaliknya kita perlu tahu cara menangani sesuatu masalah itu dengan dengan cara yang berhemah.

Pengalaman kehidupan dengan pelbagai masalah ringan yang menimpa menjadikan saya lebih kuat dan bersemangat lagi.Saya selalu berdoa kepada Allah meminta perjalanan hidup ini dipermudahkan dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan baik .

PENA KASIH: Setiap dugaan itu ada hikmahnya............berani itu datangnya dari hati.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails