Masa terluang saya kini dihabiskan dengan membaca buku 'Jangan bersedih ,jadilah wanita yang paling bahagia'.Buku yang telah lama dibeli tapi belum sempat saya sentuh kerana kesibukkan.Kini, barulah saya menjadikan buku ini sebagai teman saya.
Saya tertarik dengan satu artikel yang bertajuk "Jangan biarkan anda banyak bicara".Mengingatkan kita terutama diri saya sendiri terutama ketika berbicara dengan perkara yang remeh temeh sehingga mencetuskan perselisihan faham.Apabila berbicara,ungkaplah pemikiran kita dengan tenang tanpa tekanan, suara keras dan wajah yang masam.Dan apabila berbicara......gunakanlah bahasa yang bersopan-santun dan perkataan yang baik.Jangan jadikan perkataan-perkataan yang dikeluarkan menjadi satu kebiasaan pada percakapan harian kita.Banyak sebenarnya yang perlu kita pelajari.
Ia juga mengingatkan kita agar menjauhi perkara-perkara yang menimbulkan bantahan dan banyak mengkritik.Ini membolehkan ketenangan hati kita akan hilang dan membuatkan wajah kita tidak baik.Sebaliknya kita ungkaplah dengan kalimah yang bersopan santun.Kita boleh hendak mengkritik orang tapi biarlah kritikan itu dengan cara yang berhemah dan tidak sekali-kali menyakitkan hati orang lain.Lagipun ,kita hendak mengkritik orang tapi kita bagaimana?So,lebih baik kita mendiamkan diri sahaja daripada mengkritik tidak tentu pasal.
Selain itu, mengingatkan dan meminta dijauhilah sikap suka mengumpat orang lain kerana sikap seperti ini akan menghilangkan pahala, mendatangkan dosa serta menjauhkan ketenangan dalam diri.Sebaliknya kita sibukkan diri kita dengan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita dahulu.Sememangnya,kita banyak yang kurang.Banyak yang perlu diperbaiki.Sebab itu,kita kurangkan bercakap sebaliknya lebihkan mendengar sahaja.
PENA KASIH :Syukur dengan apa yang ada.........

No comments:
Post a Comment