Wednesday, December 1, 2010

LUAHAN

Semalam emak membawa saya ke satu majlis pertemuan bersama YB.Peringkat awalnya, agak rasa malas untuk bersama-sama menghadiri majlis tersebut.Tapi akhirnya saya akur untuk turut sama bersama mereka.

Pelbagai luahan rasa hati dicurahkan kepada pemimpin masyarakat.Saya hanya mendengar sahaja apa yang ditimbulkan oleh mereka.Ada yang meminta agar pihak-pihak berkenaan memastikan setiap masalah rakyat diberi keutamaan.Membantu mereka yang memerlukan bantuan dan pelbagai lagi luahan yang muncul dari rasa isihati mereka.

Tapi sejauhmanakah luahan itu dapat diambil tindakan oleh pihak tertentu?Itulah yang menjadi persoalannya.Pertemuan demi pertemuan diadakan adalah untuk memastikan segala isu dapat ditangani dengan seberapa segera.

Mereka meminta agar pihak berkenaan turun padang meninjau masalah rakyat.Bersama-sama menyelami perasaan rakyat.Adakah pertemuan itu hanya setakat pertemuan.Masih menunggu jawapan seterusnya dan tidak mahu hanya janji ditaburkan tapi tindakan tiada.

PENA KASIH:Sentiasa menanti dan menanti..............

1 comment:

zm.azami said...

Asalam,

Begitulah nasib kita, kerana sesetengah YB itu hanya pandai berjanji sahaja. "janji handal, tunai tak de"

Dan mereka hanya kenal kita bila masa dia nak pertolongan kita aje. tetapi masa kita membawa permasalahan rakyat, pelbagai alasan di berikannya, untuk mengelak di pertanggungjawabkan.

sikap wakil rakyat di dun jementah dan di parlimen segamat perlu di perbetulkan, setiap pilihanraya kita kerja separuh mati, tapi bila dah menang, wakil-wakil rakyat ni buat hal lagi.

"apa sumbangan mereka berdua pada UMNO"

sebenarnya mereka ini tau kelemahan kita di dun Jementah ini dan juga di parlimen Segamat ini ,

Bahawa pengundi melayu di kawasan kita tiada pilihan kecuali kepada BN. kerana kita tidak mau sejarah kekalahan BN di dun jementah berulang. minta-minta di selisehkan mailaikat 44.

semoga pihak atasan BN tidak melakukan kesilapan lagi sekali dengan meletakan calun di tempat kita, calon yang 'segan nak kenang jasa UMNO"

sekian, wasalam

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails