Wednesday, December 8, 2010

OPERASI MEMBERSIH





Seawal selepas subuh, hubby terus menjalankan operasi membersihkan kawasan luar rumah.Semalam dia telah melakukan kerja-kerja 'trim' pokok-pokok di hadapan rumah dan pada hari ini dia menebang sebahagian pokok-pokok di tepi padang kecil kami.Dengan dibantu anak lelaki kami, mereka berdua meneruskan kerja-kerja penebangan pokok tersebut yang semakin membesar dan menganggu sedikit pandangan balai raya kampung ini.

Hubby sememangnya tidak tahu duduk diam.Ada sahaja kerja yang dilakukan sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah.Semalam mengerjakan proses menukar paip air di dalam rumah.Selagi dia boleh lakukan dia akan cuba lakukan sendiri.

Sememangnya ,kami tidak senang melihat kawasan rumah yang tidak kemas dan berserabut.Selagi kami boleh lakukan dan alhamdulillah, mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik pada kami sekeluarga selain dapat meneruskan amal ibadat kami.

Sebenarnya tujuan asal hubby hendak meracun kawasan sekeliling rumah tapi disebabkan tong racun ada masalah dan saya tidak membenarkan dia meracun pada hari ini.Meminta dia membeli tong racun yang baru selain menepati ciri-ciri keselamatan sewaktu melakukan kerja-kerja meracun di kawasan yang tidak berapa luas itu.

PENA KASIH: Sentiasa ada bersama sewaktu operasi membersihkan dijalankan sebagai semangat kepadanya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails