Monday, December 6, 2010

HIJRAH BERSAMA AZAM BARU


Alhamdulillah....di FB rata-rata mengingatkan kita supaya membaca doa awal dan akhir tahun sempena Maal Hijrah.Ada baiknya FB ini.Saling ingat mengingati antara satu sama lain .Banyak info yang boleh diperolehi dengan melayari FB.Kita perlu cari yang positif dan menjadikan yang negatif itu sebagai pengalaman kehidupan.

Semoga dengan penghijrahan tahun baru ini akan memberi satu keazaman pada diri kita.Membaiki kekurangan dalam diri kita.Malah yang pastinya mendekati diri kepadaNya.MengingatiNya dan sentiasa memohon doa.IsyaAllah,akan dimakbulkan permintaan kita sama ada cepat atau lambatnya.

Semua orang mempunyai azam dalam kehidupan.Bukan sahaja untuk memajukan diri sebaliknya bernekad akan terus berusaha mengubah kehidupan diri sendiri.Menyedar dan mengingati diri kita agar pada tahun ini akan banyak berlaku perubahan dalam diri .Tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang lalu sebaliknya bernekad untuk terus bergerak ke hadapan .

Semoga penghijrahan yang akan dilalui akan membawa sesuatu yang baik dalam kehidupan pada tahun ini.Ikatan ukhwah akan terus berkekalan antara satu sama lain.InsyaAllah...

PENA KASIH :Ada satu azam yang masih belum kesampaian...............



No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails