Thursday, December 2, 2010

65 TAHUN

Semalam genap usia ayah yang ke 65 tahun.Alhamdulillah, setakat ini dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama-sama ahli keluarga.Selamat hari jadi buat ayah yang tersayang.Semoga dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan ayah.Ini bermakna tamat juga perkhidmatan ayah sebagai ketua kampung yang hampir 20 tahun lebih menerajui kampung ini.

Buat pertama kalinya, kali ini cucu-cucunya berkongsi membelikan sebiji kek untuk tok yahnya yang sentiasa mengambil berat akan cucu-cucunya.Pastinya, cucu-cucunya sentiasa menghiburkan hati tok yahnya yang jarang-jarang sekali meninggikan suara kepada mereka.Teman berbual, teman berjalan-jalan dan teman bergurau.


PENA KASIH:Kasih kami kepada ayah tidak pernah pudar....................

1 comment:

zm.azami said...

Asalam.

Samapaikan ucapan Selamat Hari Lahir dari saya, dengan ucapan semoga sehat sejahtera dan di kabulkan segala hajat..

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails