Tuesday, June 2, 2009

PEKERJA

Tugas sebagai seorang pentadbir bukanlah begitu mudah seperti yang disangkakan.Terlalu banyak yang perlu diberi perhatian.Baik daripada tugas kita mahupun staf-staf di sekolah.Semuanya perlu diambil berat dalam memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang.

Pertemuan bersama-sama dengan pekerja swasta memang sering diadakan sebagai satu rutin untuk memastikan mereka melaksanakan tugas mengikut peraturan yang telah dimaklumkan.Hari ini,bersama-sama dengan guru besar dan juga penyelia pekerja, kami mengadakan pertemuan dan berbincang serta mengambil langkah agar semua pekerja mematuhi waktu bekerja seperti yang diarahkan.


Bagi saya, sudah cukup bagi kita memaklumkan kepada mereka apa yang perlu dibuat dan tindakan yang perlu dilakukan.Bekerja bersama-sama di bawah satu bumbung dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dari aspek 3 K.Yang pastinya sikap dan tindakan seseorang itu sangat penting bagi kejayaan sesebuah organisasi itu.

Pena kasih: Tidak suka bercakap berulang kali.Sudah cukup dengan melihat dan memerhati sahaja setiap pergerakan mereka.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails