Monday, June 1, 2009

JARINGAN DAN PPD

Bersama-sama dengan guru besar, saya ke UiTM Segamat menghadiri satu taklimat berkaitan dengan jaringan bersama PPD Segamat yang dianjurkan oleh UiTM.

Satu permulaan yang baik dalam usaha mewujudkan satu perhubungan yang baik di antara institusi pengajian tinggi dengan pihak sekolah dalam usaha untuk memperkenalkan UiTM di kalangan masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi di daerah Segamat.Kita sepatutnya berbangga mempunyai sebuah institusi pengajian yang boleh dibanggakan oleh penduduk Segamat terutama dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berguna kepada negara,bangsa dan agama.

Sebuah institusi yang bukan sahaja mempunyai kepakaran dan separa kepakaran dalam sesuatu bidang boleh diguna pakai sebagai rujukan dalam usaha kita mendekatkan anak bangsa kita kepada dunia ilmu yang sangat berguna kepada mereka.

Dengan adanya jaringan industri ini, sekurang-kurangnya guru-guru dapat memberikan maklumat kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh UiTM Segamat khususnya kepada anak-anak didik di sini dan seterusnya menjadi sebagai satu peransang kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

Selepas itu, kami disajikan dengan satu ceramah berkaitan dengan integriti di kalangan guru-guru di Segamat yang disampaikan oleh pegawai dari SPRM.Begitu menarik sekali ceramah yang disampaikan walaupun berada dalam situasi yang agak tegang.Mungkin kerana penceramahnya begitu serius dalam menyampaikan maklumat sehingga rasa ketegangan .

Pena kasih: Sentiasa berusaha untuk mencari sesuatu ilmu yang baru.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails