Tuesday, June 2, 2009

MOTIVASI (2)




Sudah dua hari murid-murid SK Canossian Convent menghadiri program motivasi dan dijangkakan mereka akan mengikuti selama 5 hari.Berakhir hari Jumaat.Hari ini,saya berpeluang untuk bersama-sama dengan mereka kerana pada hari pertama tidak dapat bersama.Menghadiri satu taklimat di UiTM.Kepada murid-murid yang hadir dan mengorbankan cuti diucapkan tahniah dan syabas.

Murid-murid Tahun 6 seramai 29 orang daripada 34 begitu semangat mengikuti program tersebut.Program yang dipenuhi dengan teknik-teknik menjawab soalan dan dengan penceramah yang mempunyai banyak pengalaman dalam mata pelajaran masing-masing begitu menarik minat murid.Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada murid-murid kami.

Kalau murid berkorban dengan cuti, kami juga turut sama mengorbankan masa semata-mata untuk memastikan anak didik akan terus cemerlang. Itulah yang sering kami harapkan daripada kalian.

Pena kasih: Sering mengingatkan dan mendoakan kejayaan anak-anak didik .

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails