Tuesday, June 2, 2009

KUNJUNGAN


Hari ini, saya berkumpul di rumah emak.Kehadiran mak itam yang baru kehilangan suami lebih kurang sebulan lalu mengingatkan nostalgia lama.
Kadang-kadang tidak sedar air mata mengalir mengenangkan kebaikan pak itam terhadap kami sekeluarga.Tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi cerita-cerita lawak daripada Pak Itam.Haziq malah anak perempuan saya adakalanya menangis teringatkan kata-kata peransang Pak Itam supaya belajar bersungguh-sungguh.

Kalau dahulu,kami sering bertandang ke rumah Pak Itam.Berbual-bual dengan Pak Itam.Kerana kekangan masa menyebabkan kami jarang bersua sehinggalah diberitahu Pak Itam tidak secergas dahulu.Kesakitan yang dialami membataskan segala-galanya.

Namun begitu,ingatan kami terhadapnya tidak akan kami lupakan.Kami rindukan suara Pak Itam.Apabila mendengar Mak Itam bercerita tentang suaminya, menyebabkan saya serta merta teringatkannya.Kali terakhir saya dapat berjumpa dengannya ialah semasa beliau berada di hospital untuk menunggu giliran melakukan pembedahan.Tatkala itu, Pak Itam memang tidak berhenti bercakap.Itulah suara Pak Itam terakhir yang saya dengar.Kemudian selepas pembedahan saya berkunjug lagi sekali.Kali ini, Pak Itam hanya terbujur.Tiada suara lagi yang mampu kami dengar.Kasihan kami melihatnya ketika itu.

Pena kasih: Allah lagi menyayangi hambaNya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails