Bermulanya hari pertama persekolahan pada hari ini amat menggembirakan bagi sesetengah murid.Ada yang terlalu 'excited' untuk hadir ke sekolah malah ada yang masih 'mamai'antara percaya atau tidak yang mereka sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah.
Melihat kesungguhan mereka ke sekolah tanpa ada tangisan seperti tahun-tahun dulu.Mereka lebih berani tanpa ditemani ibu bapa sehingga ke kelas.Malah ada yang tidak membenarkan ibu bapa masuk.Semuanya serba baru.Baju, beg dan kasut .
Namun,jelas nampak apabila hampir ke tengah hari, ada yang sudah hilang mood untuk berada lama di dalam kelas.Mulalah mereka bergerak ke sana dan ke sini.Namun, murid-murid tahun 1 sekolah ini bertuah mempunyai guru yang sememangnya berpengalaman dalam memahami situasi menangani masalah kebosanan murid-murid.Kami memang meletakkan guru yang berpengalaman, guru yang berdedikasi dan yang penting kesabaran melayani kerenah anak-anak murid yang pelbagai ragam di hari pertama persekolahan.
Kalau di tadika, mereka lebih banyak belajar sambil bermain tapi apabila memasuki ke alam persekolahan sebenar, ada perbezaan yang sudah tentu mempunyai kejutan budaya.Namun bagi tiga minggu pertama kami masih menjalankan program transisi untuk membolehkan murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi alam persekolahan sebenar.
Sewaktu perhimpunan pagi, semua murid tahun 1 berkumpul dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Bangsa Johor dengan penuh semangat.
Pena Kasih:Terbayangkan semasa anak-anak kami sekolah dahulu.

No comments:
Post a Comment