Friday, May 7, 2010

PESANAN

Pertemuan dengan murid-murid tahun 6 yang gagal dalam ujian kali ke 2 telah diadakan pada hari ini.Masa yang terluang, saya gunakan untuk bertemu dengan mereka.Pertemuan yang diatur dan dipersetujui oleh guru kelas dan guru mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka.

Peringkat awal, mereka tidak mahu berjumpa dengan saya dan lebih suka berjumpa dengan HM.Mungkin saya terlalu tegas jika dibandingkan dengan HM.Ketegasan yang bertujuan untuk mengingat dan mendidik mereka.Hampir setengah jam, kami bersama dagn sesi soal jawab saya lakukan untuk melihat pencapaian mereka dalam ujian kali ke 2.Rata-ratanya gagal dalam mata pelajaran Sc dan Maths.

Kebanyakan mereka adalah murid yang bermasalah.Sikap murid itu sendiri.Guru-guru yang telah bersedia mengorbankan masa cutinya hari Sabtu dan Ahad telah mempelawa murid-murid tersebut supaya hadir ke sekolah dan memberikan bimbingan yang sewajarnya kepada mereka.Tapi mereka mengambil sikap acuh dan tidak acuh sahaja dengan pelawaan tersebut.
Boleh dikatakan mereka tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Lalu,saya gunakan pendekatan mengimbau kembali sejarah kehidupan saya.Ada diantara mereka bergenang air mata dan termenung sejenak.Harapan ibu dan ayah....perlu diutamakan.Lalu saya selitkan unsur-unsur nasihat agar mereka terus memajukan diri sendiri.Tiada siapa yang dapat mengubah nasib diri jika kita sendiri yang tidak mengubah nasib diri kita sendiri.

Saya juga bertanyakan mereka mengenai solat.Ada diantara mengaku yang mereka bersolat tapi tidak penuh.Lantas, saya menegur mereka,pada siapa lagi yang kamu hendak minta tolong.Kamu tidak ingat Allah dan tidak pernah hendak berdoa dan meminta sesuatu daripadaNya.Mana mungkin, kamu boleh berjaya begitu sahaja tanpa adanya usaha.

Saya juga mengambil kesempatan, dengan menegur mereka yang tidak menghadirikan diri ke kelas tambahan hanya kerana ingin 'enjoy'.Mereka juga telah berjanji akan berubah dan menumpukan pada apa yang akan diajar oleh guru mereka.

Pena Kasih:Saya tetap mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga perasaan ibu dan ayah, berdoa kepada Allah dan menjaga hati guru jika ingin berjaya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails