Thursday, February 24, 2011

STATIK




Hari ini sememangnya mencabar bagi diri saya khususnya bahagian akademik kerana terpaksa mengawal keadaan sekolah.Ketiadaan guru kerana berkursus dan penglibatan guru dalam pertandingan bola baling pada hari ini menyebabkan hanya tiga orang sahaja yang ada untuk mengawal kelas .Sesuatu yang sukar tapi mencari insiatif bagi memastikan walaupun ketiadaan guru ,p n p tetap dijalankan seperti biasa.Kita hanya merancang tapi segalanya telah ditentukan.

Penglibatan guru seramai 9 orang di padang kerana menguruskan pertandingan bola baling peringkat MSSK Selatan menyebabkan 3 orang guru menjaga 6 kelas.Saya agih-agihkan guru yang seramai 3 orang itu dan mereka terpaksa statik berada dalam kelas dan meninjau kerja-kerja yang dibuat oleh anak didik.Saya tidak terkecuali juga menjaga dua buah kelas iaitu tahun 4 dan 5 digabungkan sekali dan akhirnya saya memilih program PAK untuk mereka.Sekurang-kurangnya mereka membuat kerja yang diberikan dan kedua-dua tahun ini diletakkan berhampiran pejabat kerana dalam masa yang sama saya menguruskan kerja-kerja pentadbiran.Terkejar ke sana dan ke sini antara tanggungjawab terhadap murid dan juga kerja pentadbiran.

Namun begitu, saya memberikan pendedahan kepada murid-murid ini akan pertandingan bola baling.Mereka begitu teruja dan seronok melihat perlawanan tersebut dan memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding.Selama 1 jam bersama mereka di padang.

Dalam masa yang sama juga saya terpaksa menguruskan bahagian hadiah pula.ooooo...agak memenatkan.Akhirnya baru terasa keletihan yang teramat sangat apatah lagi melayan karenah anak murid yang pelbagai ragam.

Kali ini ,pelajar sekolah saya tidak mempunyai rezeki untuk mendapat sebarang tempat dalam pertandingan tersebut.Walaupun banyak peluang tapi rezeki mereka tiada.Mereka menerima keputusan itu dengan semangat kesukanan

PENA KASIH: Dulu rajin berlatih bersama-sama anak didik .......






2 comments:

Anonymous said...

tu la nasib cikgu...sapa yang tahu...di luar sana ttp bpendapat ckgu-cikgi mcm cerita p ramlee..CIKGU SUKA MAIN BOLA, HARI-HARI CIKGU MAIN BOLA...KEJA SENANG...CUTI BYK..MINIT SIKIT...TENTERA LAGI TERUK.X PAKAI MINIT...

PENA KASIH said...

Emmmm tetap akan menggalas tanggungjawab itu walaupun pelbagai cabaran yang mendatang.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails