Sewaktu hari raya pertama, ke rumah emak mertua sempat suami membawa saya dan anak-anak bersiar-siar di setiap pelusok di Batu Anam.Dibawanya kami ke Ladang Senarut, Kg Kenangan,Kg Paya Lang dan tidak ketinggalan juga stesen kereta api di Batu Anam.
Suami sengaja membawa anak-anak ke sana supaya mereka mengenali setiap kampung yang pernah ayahnya lalui dan tempat bermain bola sepak bersama-sama teman sewaktu zaman sekolah.
Ayahnya bercerita dengan penuh perasaan kepada anak-anaknya sehingga menyebabkan anak-anaknya terdiam mendengar cerita ayahnya yang menarik itu.
Stesen kereta api Batu Anam banyak meninggalkan kenangan kepada ayahnya.Di sinilah tempat ayahnya turun sewaktu menuntut di UKM.Berjalan kaki sehingga ke Klinik Kesihatan Batu Anam tanpa perlu menyusahnya ayahnya.Salakan anjing yang mendayu-dayu tidak dihiraukan dan yang pasti dia ingin pulang dan berjumpa dengan emak dan ayah.Berjalan keseorangan jam 1-00-2.00 pagi.Dilontarkan perasaan takut itu.Yang penting dia tidak mahu menyusahkan ayahnya,mengejut ayahnya yang sedang lena diulit mimpi.Itulah ayah.Bukan senang ayah hendak menjadi seperti ini.Terlalu banyak ranjau yang telah ayah lalui.Itulah kata-kata suami kepada kedua orang anaknya.
Kemudian suami membawa anak-anaknya pergi ke rumah yang pernah didiami bersama adik-beradiknya seramai tujuh orang di Klinik Kesihatan.Rumah kecil itulah yang didiami,membaca buku di tepi-tepi parit semata-mata untuk mengubah kehidupan keluarga.
Anak-anak terkesima sebentar.Melihat kesungguhan ayahnya bercerita.
Haziqlah yang terlalu sedih mendengar cerita ayahnya.Semoga ianya memberi keinsafan kepada anak-anaknya.

2 comments:
Selalu nampak abang Ahmad Kamil sedang menunggu bas untuk ke sekolah bila lalu kat tangki air depan klinik tu.
Assalammualaikum,Selamat bertembung di alam maya ni, dan Semoga sihat dan Bahagia selalu, Alhamdulillah ingat saya lagi ? Di SKBA (sekarang dah di pindahkan) Group kita Zainudin b Zainal Abidin, Zulkifli bin Md Mazid dan Saya yang meneruskan pengajian dalam Aliran Melayu di SMR Batu Anam dan menyambung pengajian ke Sek Datuk Segamat. Saya bermukim di Bagan Serai, Perak HP: 019-4318991 Wasallam
Post a Comment