Thursday, December 12, 2013
MUSIM DURIAN BERMULA..
Rata-rata di kampung, sekarang ini musim durian sudah bermula.Tempat aku juga tidak ketinggalan.Tanah yang dianggap sekangkang kera ini juga terdapat pokok durian yang kini berbuah.Tanah ayahku yang terbahagi dua iaitu di atas dan bawah juga mempunyai pokok durian.Kali ini, rezeki aku di bahagian bawah.Banyak pokok mengeluarkan buah.
COretan terdahulu menceritakan aku dan suami telah menebang pokok-pokok koko yang berhampiran rumah aku.Namun di celah-celah koko itu terdapat juga pokok durian.Kalau dahulu aku memang penggemar durian tetapi kini, aku terpaksa mengurangkan kegemaran itu.
Disebabkan tanah ayahku yang terbiar begitu sahaja dan ditumbuhi anak-anak pokok di bahagian bawah sekali, menyebabkan ayah aku mengambil keputusan untuk memajaknya kepada seseorang individu.Aku pun tidak kisah dengan keputusan yang dibuat oleh ayahku.Aku tahu dia sendiri tidak mampu untuk menjaga pokok-pokok durian di bawah sekali.Janji anak-anak pokok di kawasan kebun ayahku ditebang.
Aku juga mencadangkan kepada emak aku agar meracun sahaja rumput-rumput yang tumbuh di kawasan kebun.Kalau di bahagian belakang rumah aku, che Abe aku yang akan menjaganya.Memang seronok menengok kawasan kebun yang sentiasa dijaga.
PENA KASIH:Suka isi durian yang berwarna kuning.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment