Friday, January 14, 2011

HIJRAH

Berita pertukaran rakan sekerja mengejutkan saya.Hanya yang saya dengar daripada rakan-rakan mengatakan kini, semua sekolah yang mempunyai lebihan guru akan dipindahkan mengikut opsyen.Saya tidak terfikir pun yang salah seorang guru sekolah saya terbabit dengan pertukaran itu.Sememangnya sekolah saya mempunyai dua lebihan guru tapi setiap kali laporan dihantar saya tetap menulis 'lebihan guru diperlukan untuk 6 kelas pendidikan moral'.Tapi itulah,kita hanya merancang tapi segalanya ditentukan olehNya.

Pertukaran Pn Desi ke Perak menyebabkan sekolah kami kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris.Walaupun ada dua orang guru opsyen Bahasa Inggeris tetapi salah seorangnya ialah guru besar.Apabila berlaku kekurangan sudah tentu banyak berlakunya kekangan tetapi guru-guru sekolah kami tetap mengajar walaupun bukan opsyen Bahasa Inggeris.

Realitinya begitulah,suatu masa kita akan berhijrah juga.Namun, penghijrahan Puan Fatimah agak mengejutkan saya kerana hampir 15 tahun beliau bersama-sama dengan saya.Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan PGB HEM tapi beliau tidak lama memegang jawatan tersebut atas sebab-sebab tertentu.Kemudian,pihak sekolah melantik saya memegang jawatan tersebut pada tahun 2001 dan setiausaha kurikulum dan peperiksaan diambil alih oleh Pn Fatimah sehingga kini.

Bekerja bersamanya begitu mudah sekali.Setiap kali laporan diperlukan semuanya dihantar tepat pada masanya.Di mana-mana sahaja setiap kali penghijrahan kita akan rasa kekurangnya, kelebihan guru itu akan tetap dikenang.

PENA KASIH:Setiap penghijrahan itu ada hikmahnya......................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails