Saturday, March 7, 2009

KEPENATAN

Musim cuti memang dinantikan tetapi apabila cuti dipenuhi dengan undangan perkahwinan menyebabkan kita terpaksa mengorbankan masa untuk turut sama menghadiri majlis perkahwinan apatah lagi perkahwinan itu melibatkan saudara kita sendiri.Inilah yang berlaku kepada saya pada hari ini.Terkejar-kejar dan terpaksa membahagikan masa untuk pergi ke majlis tersebut.Pagi lebih kurang pukul 10.00 saya bergegas ke Masjid Jamek Segamat setelah mendapat keizinan daripada suami untuk mengambil gambar video sepupu yang akan bernikah di sana.Saya memang berminat mengambil gambar untuk dijadikan koleksi sebagai kenangan
.Suami tidak turut serta kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.Sebelum itu, pukul 6.30 pagi saya menghantar ibu mertua ke Masjid Jamek untuk pergi ke Riau,Indonesia.Semoga emak selamat pergi dan balik.InsyaAllah.Setelah selesai majlis pernikahan,saya terus ke rumah pengantin untuk mengambil gambar di sana sehingga pukul 3.00 petang.Selepas itu,saya bergegas ke Buloh Kasap ke rumah datuk saudara yang juga mengadakan majlis pernikahan jam 5.00 petang di Masjid Buloh Kasap.Di sini banyak kerja yang perlu dilakukan.Saya pun terus menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat.Setelah semuanya usai, saya pun pulang ke rumah. Besok ada lagi majlis yang perlu saya hadiri..................Walaupun penat tetapi ia merupakan satu kepuasan pada diri saya kerana sekurang-kurangnya saya dapat membantu datuk saudara yang kini sakit dan dikatakan baru sahaja menjalani pembedahan kecil di Hospital Pantai Melaka.Apatlah lagi, apabila dia melihat saya dia terus menangis.Tidak sampai hati untuk membiarkan perasaan datuk saudara terguris.Hatinya mudah tersentuh sejak dia keluar dari hospital dan sering mengingatkan saya supaya datang seawal mungkin ke rumahnya.Insya Allah

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails