Wednesday, March 25, 2009

SIRAP

Ibu mertua menelefon jam 6.30 pagi sebelum kami keluar dari rumah untuk bertugas.
Meminta membawanya ke bank untuk mengambil pencen dan juga wang untuk menunaikan umrah pada akhir bulan Mei.Pukul 2.00 petang,selepas suami mengambil saya dari sekolah saya terus ke rumah adik ipar untuk mengambil ibu mertua.Kami membawa dua orang anak buah suami yang berusia 2 dan 3 tahun menemani ibu mertua.

Kemudian kami bertolak ke Spang Loi, ke rumah Mak Itam yang akan mengadakan kenduri kahwin pada hari Sabtu dan Ahad ini.Ke sana untuk menjengah-jengah mak saudara yang kini semakin sibuk untuk persiapan majlis pada hujung minggu ini.

Sesampai sahaja di sana, kami dihidangkan dengan ubi rebus .Apa lagi makan sahaja la kami.
Selepas itu saya menolong emak saudara yang lain memasakkan sirap.Sebanyak 35 kilo gula digunakan untuk membuat air sirap.Biasalah kalau majlis kenduri kahwin, air sirap memang sudah menjadi sinonim kepada mereka.

Jam 6.45 petang, kami bertolak balik rumah.Memang penat tapi mengenangkan jasa mak Itam dan Pak Itam kepada kami sekeluarga, kami luangkan juga masa untuk turut serta membantu mereka sekeluarga.

Sering mendoakan agar majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar sekali.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails