Monday, March 30, 2009

MENZIARAHI (2)

Seawal jam 10.00 pagi saya bertolak ke Johor Bahru.Tujuan ke jabatan untuk mengambil rekod perkhidmatan sepanjang saya bertugas sebagai seorang pendidik.Rekod perkhidmatan untuk keperluan temuduga pada 1.4.2009.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kerana sebelum ke sana saya telah meminta Pembantu Tadbir sekolah menelefon jabatan atas tujuan saya ke sana.

Selepas itu, suami menghantar saya ke rumah Kak Long dan kami berehat sebentar sehingga jam 5.00 petang.Kemudian saya ke Hospital Sultanah Aminah menziarahi Pak Itam yang dikatakan terpaksa dibedah lagi sekali untuk mengeluarkan air yang terdapat di kepalanya.Kasihan Pak Itam.

Sesampai di sana, Mahathir dan Mak Itam telah menunggu saya.Saya pun terus menuju ke ICU untuk melihat sendiri keadaan Pak Itam.Sungguh sedih melihat badan Pak Itam berselirat dengan wayar.Pak Itam tidak sedar diri walaupun berkali-kali saya memanggil namanya.

...................ketika saya hendak memasuki ICU, agak terperanjat kerana terjumpa kawan sekerja semasa berada di Jengka 4 iaitu Mazmin.Antara percaya dengan tidak, saya memberanikan diri untuk menyapa Mazmin.Memang benar tekaan saya yang itu adalah Mazmin.............bayangkan selama lebih kurang 19 tahun saya meninggalkan bumi Jengka, tidak sangka kami bertemu di Johor Bahru.Mazmin ke sana melihat rakannya yang juga berada di ICU kerana terjatuh di bilik air.Mungkin darah tinggi agaknya.

Selepas berbual-bual dengannya, saya pun beredar dan kemudian Haziq bersama-sama Azlan telah melihat Pak Itam.Haziq yang begitu terasa sekali melihat keadaan Pak Itam.Hampir menitiskan air mata melihat keadaan Pak Itamnya yang dipanggil abang Tam semasa kecil.

Jam 7.00, saya meminta izin dengan Mak Itam untuk pulang kerana perjalanan kami ke Segamat masih jauh lagi.

Kami mendoakan agar Pak Itam cepat sembuh.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails