Monday, March 9, 2009

RAJIN........ANAK MAMA.


Dadih makanan kegemaran Haziq dan Along.Setiap hari, Haziq sering mengingatkan saya supaya membuatkan dadih untuknya.Kasihan melihatkan Haziq yang sering merengek untuk menyuruh mamanya membuatkan dadih.Kesibukan masa menyebabkan saya sering tertangguh untuk menyediakan makanan kegemarannya.
...............lantas mencuri sedikit masa,saya terus memasakkan dadih untuknya.Perasa jagung dan juga mangga.Haziq tidak sabar-sabar untuk menunggu dadih masak.Haziq memang rajin menolong saya masak di dapur.Dia turut sama membantu saya memasak dadih.Kadang-kadang dia ringan tulang dan sering menolong saya di dapur terutama kalau masak nasi paprik.Bertuah mama punya anak seperti Haziq.
Setiap hari Sabtu dan Ahad, Haziq akan membasuh bilik air.Tapi siaplah dengan leterannya.Dia akan pastikan bilik air akan sentiasa bersih.
Kadang-kadang tanpa disuruh, dia akan membantu saya melipat kain.Agak memeranjatkan kerana cara dia melipat begitu kemas dan rapi.
Dia sering mengingatkan alongnya supaya menutup suis kipas sebelum meninggalkan bilik dan setiap kali hendak pergi ke sekolah dia akan pastikan semua suis ditutup.
.......Biliknya akan sentiasa dikemas rapi.Kadang-kadang mak mertua terperanjat melihat biliknya yang sentiasa bersih.Buku-buku tersusun rapi dan setiap kali selepas membuat ker-berja sekolah dia tidak akan membiarkan barang-barang dan buku-bukunya bersepah di atas meja.Kadang-kadang dia sering bergaduh dengan along dan dia mahu along mengikut jejaknya dengan memastikan semuanya sentiasa kemas.
Kalau dia balik awal dari sekolah, dia akan memasakkan nasi untuk kami.Itulah tugas Haziq tanpa disuruh.
Waktu petang, Haziq akan bermain bola bersama-sama kawannya di dataran kasih yang terletak berhampiran dengan rumah saya.Haziq akan meletakkan bakul di situ dan meminta kawan-kawannya memasukkan sampah di dalam bakul.Malah dia sering mengingatkan kawan-kawannya supaya tidak membuat sampah........kadang-kadang ketawa juga kami melihat perangai Haziq.Mudah-mudahan kerajinan Haziq akan berterusan.
Kini,Haziq telah mengajar anak saudara saya,Hafiz supaya menjaga kebersihan.Alhamdullilah,Hafiz yang berusia 2 tahun lebih sudah pandai menjaga kebersihan.Pampers yang digunakan akan dibuang sendiri ke dalam bakul yang kami sediakan setiap kali dia datang ke rumah kami.
Mudah-mudahan Hafiz mengikut jejak Haziq.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails