Friday, March 13, 2009

BUMI KASIH

Hati berasa gembira dan tenang melihat Bumi Kasih yang dibeli dengan harga RM20,000.00 sudah mula menampakkan hasil.Kawasan yang mempunyai keluasan hampir 2 ekar dan diusahakan oleh Long Razak dan isterinya,Kak Milah.

Tanaman kontan yang terdiri daripada pisang, keledek,lada merah, cili padi dan juga labu sudah mula tumbuh dengan subur.Alhamdulillah, hujan yang turun membasahi bumi membantu pertumbuhan pokok-pokok tersebut.
Peringkat awal, kami hendak menanam pokok getah tetapi setelah memikirkan banyak komitmen lain yang memerlukan tuntutan masa,kami telah menyuarakan kepada Kak Milah supaya mengusahakan tanah tersebut secara percuma dan hasillannya biarlah KaK Milah nikmatinya.
Kami percaya Kak Milah dapat melakukannya kerana mereka suami isteri memang berminat dengan kerja-kerja kampung.Kadang-kadang saya turut sama menolong mereka menebas dan mencabut rumput.Sekadar mengisi masa yang terluang di waktu petang.
Kak Milah dan suaminya banyak menanam pokok pisang yang dikatakan mempunyai pasaran yang tinggi.Malah permintaan pisang begitu tinggi sedangkan penawarannya tidak dapat menampung permintaan..........sakit pisang katanya.
Semoga segala usaha Kak Milah terhadap BUMI KASIH akan terus berkekalan dan menjadikan BUMI KASIH sebagai salah satu sumber pendapatan mereka sekeluarga.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails