Saturday, March 21, 2009

MESIN RUMPUT

Hari ini suami menghabiskan masa dengan operasi membersihkan kawasan persekitaran rumah.Rumput yang panjang agak merimaskan mata memandang.
Justeru,saya telah menyuarakan kepada suami agar hari Sabtu, gotong royong membersihkan kawasan rumah.

Pukul 9.00 pagi, suami telah memulakan operasinya sementara saya membersihkan kawasan dalam rumah.Agak penat tapi hati berasa puas........................nampak bersih dan kemas.

Selepas habis membersihkan dalam rumah, saya terus ke dapur memasak untuk suami dan anak-anak.Kemudian bermulalah operasi di tanah pula.Menyapu daun-daun dan membakarnya sekali.Minta pertolongan Haziq untuk membakar sampah.

Rumah yang dikeliling pokok-pokok koko sudah tentu daun-daunnya banyak.Hendak ditebang,nanti kecil pula hati orang tua.................tiada pilihan lain selain memastikan daun-daun tersebut dibakar.

Selepas itu, saya membelek-belek sayur-sayuran yang ditanam.Bubuh baja dan memetik hasil tanaman dan disedekah kepada orang..........Mudah-mudahan hasil tanaman saya akan bertambah subur dan mengeluarkan hasil.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan adanya tanah dapat kita bercucuk tanam.At least untuk kegunaan sendiri.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails