Monday, March 9, 2009

TIDAK DISANGKA

Membaca blog suami tentang komen daripada pembaca amat memeranjatkan terutama komen yang negatif.Begitulah sifat manusia yang tidak suka melihat orang lain senang.Mengata suami saya dengan perkataan yang kurang manis menguris perasaan saya.Biasanya seorang isteri lebih mengenali hati dan perasaan suami jika dibandingkan dengan orang luar yang hanya melihat secara zahir sahaja.Mengata rumah dibuat oleh orang Cina begitu juga kebun yang diusahakan oleh orang Cina.Hanya yang mampu saya lafazkan ialah Alhamdullilah kerana begitu cetek pemikiran mereka.
Saya sering mengingatkan suami biar orang kata kita tapi kita jangan sekali-kali melakukan kepada orang lain.Yang penting apa yang kita buat adalah kepuasan kepada kita.
Tanah yang diusahakan oleh Long Razak telah saya bersihkan dan dibajak oleh seorang Cina setelah dibuat rundingan harga.Saya pernah berjumpa dengan orang Melayu untuk melakukannya tapi kita lihat pada harga yang ditetapkan begitu tinggi jika dibandingkan dengan orang Cina lalu kami mengambil keputusan untuk menyuruh uncle tersebut mengusahakannya. Saya juga tidak minta apa-apa ganjaran daripada Long Razak sebaliknya saya meminta dia menjaga kebun dan menanam apa sahaja yang dirasakan perlu tanpa sebarang bayaran untuk saya.Saya harapkan dia menjaga kebun itu supaya bersih sahaja. Begitulah orang Melayu memang ada perasaan irihati kepada bangsa sendiri.Memang ramai yang hendak membeli tanah tersebut tetapi saya telah diamanah oleh sepupu supaya tidak sekali-kali menjualkannya kepada orang lain.Tanah yang terletak di tepi jalan raya itu sering menjadi bualan orang kampung.Sepupu saya menjualkannya kepada saya dengan harga RM 20,000.00 dengan keluasan tanah hampir 2 ekar.
Mengenai rumah pula, pernah saya dan suami berjumpa dengan kontraktor Melayu untuk membuatnya tetapi dinasihatkan oleh seseorang yang boleh dipercayai kami telah mengambil keputusan untuk menyuruh kontraktor Cina membina rumah kami.Kemudian saya telah membuat sedikit pengubah suaian rumah dan kami telah berjumpa dengan kontraktor Melayu dan membuat rundingan dan agak memeranjatkan kerana mereka meletakkan harga yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan kontraktor Cina.Kami tiada pilihan lain melainkan memilih kontraktor Cina yang kami rasakan ia memberikan kepuasan kepada kami sekeluarga.Memang tidak dinafikan setiap kali kami meminta pertolongan daripada orang Melayu mereka menekankan harga yang tinggi kepada kami.Justeru itu, kami tiada pilihan lain melainkan memilih kontraktor Cina .Pada saya komen-komen yang diberikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu mempunyai niat yang tidak baik kepada keluarga kami.Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan sifat-sifat seperti itu.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails