Sunday, March 15, 2009

MENZIARAHI

Menemani suami ke Johor Bahru atas urusan penting sekurang-kurangnya dapat mengurangkan stress .Suami meninggalkan saya dan Haziq di Angsana. Kami mengambil peluang ini dengan menghabiskan masa di kedai buku Badan.Hati teruja ke sana untuk meninjau-ninjau keluaran buku baru.Setiap kali ke Johor Bahru memang saya tidak melepaskan peluang ke Badan Cemerlang.........................habis duit jika ikutkan hati.Ada sahaja buku-buku yang hendak dibeli.Haziq tidak kurangnya....................ada aja buku pilihannya.

Lebih kurang 5 jam berada di Badan, suami mengajak saya menziarahi bapa saudara di Hospital Sultanah Aminah yang akan menjalani pembedahan di bahagian kepala.Ada dua ketumbuhan di kepalanya .Kasihan Pak Itam.Haziq diasuh oleh keluarga Pak Itam semasa kecil ketika saya pergi bekerja....................teringat saya kata-kata Pak Itam kepada Haziq.Pak Itam menyuruh Haziq memanggilnya abang Tam setiap kali Haziq merengek-rengek hendak susu.

Hati tersentuh melihat Pak Itam.Hanya yang mampu kami lakukan ialah berdoa kepada Allah agar Pak Itam selamat menjalani pembedahan yang dijangkakan minggu hadapan kerana tertangguh akibat kekurangan darah.Walaupun darah telah dimasukkan ke badan Pak Itam, tetapi Pak Itam masih kekurangan darah.Haziq meluahkan perasaannya untuk menjaga Pak Itam tetapi dia kata dia masih kecil dan tidak mampu untuk menjaga Pak Itam.

Selepas bersembang dengan Pak Itam dan keluarganya lebih kurang 3 jam,kami pun meminta kebenaran untuk pulang kerana perjalanan dari Johor Bahru masih jauh lagi............................

Sentiasa mendoakan agar Pak Itam cepat sembuh dan terkenangkan nostalgia Pak Itam menjaga Haziq sejak berusia 3 bulan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails