Thursday, March 26, 2009

MESYUARAT

................hari yang agak penat.Pagi 6.30 telah sampai ke sekolah.Buka pejabat dan kemudian buat relief guru yang tidak hadir.Hari ini sekolah saya mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 34.Di awal perancangan untuk menjemput YB hadir bagi merasmikan mesyuarat Agung.Tetapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, YB tidak dapat hadir.Hantar surat ke PPD untuk meminta merasmikan mesyuarat namun agak kecewa kerana pihak PPD tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi.Masing-masing semuanya sibuk......................Minggu sibuk.

Semua murid dibenarkan balik awal dan guru hanya balik jam 12.00 tengah hari dan diminta datang semula ke sekolah jam 2.00 petang.Sebagai seorang isteri,masa yang diberikan untuk balik awal digunakan dengan sebaik mungkin.Pastinya mesyuarat mesti berlanjutan sehingga jam 6.00 petang.Balik dari sekolah jam 12.30 tengah hari terus masak apa yang patut, masakan ringkas tapi sedap dan mendapat pujian daripada suami.Terima kasih ayang.

Anak dibelikan sebungkus nasi ayam sudah mencukupi untuknya.Yang penting tiada rungutan.
Balik dari mesyuarat, terus ambil kain untuk dibasuh.Memang menjadi tabiat saya tidak suka menangguh-nangguhkan kerja terutama apabila melibatkan soal kain baju yang tidak dibasuh.
................memang memenatkan.Mana nak fikirkan soal untuk temuduga, esok nak mengajar apa.......semuanya bermain dalam fikiran ini tapi badan terlalu letih.Suami menasihatkan supaya berehat dan jangan paksakan diri untuk buat itu dan ini.

Tahun ini mesyuarat berjalan lancar dan saya tidak terpilih untuk menjadi AJK.Alhamdulillah,perlu membuat rombakan ajk dan memberi peluang kepada guru-guru lain untuk terlibat dalam mesyuarat yang melibatkan ibu bapa.Rasa-rasanya sudah banyak tahun saya menjadi AJK dan sudah tiba masanya untuk saya berundur buat seketika.Semoga dengan perlantikan ajk ini dapat membangunkan PIBG dan seterusnya menjadi satu persatuan yang aktif dalam merealisasikan hasrat negara agar PIBG dapat membantu pihak sekolah dalam apa sahaja program yang dijalankan.

Bagi yang telah berjaya menjawat jawatan , tahniah diucapkan dan bersama-sama membantu sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails