Friday, March 6, 2009

KEPUASAN

Tidak ada yang tidak mengembirakan hati seorang guru jika melihat anak murid mendapat keputusan yang baik dalam ujian yang dijalankan.Begitulah yang berlaku pada saya.Hati begitu teruja dan ceria apabila mendapati anak-anak murid lulus dalam ujian terutamanya subjek Sains yang dianggap sukar bagi sesetengah murid.Bagi saya yang penting kita berusaha untuk memastikan anak-anak murid faham akan apa yang kita ajar.
Saya memang tegas dalam mendidik anak-anak murid yang dianggap seperti anak sendiri.Yang pasti saya mahu mereka berjaya dan merupakan satu kepuasan pada diri saya.Setiap kali saya mengajar saya pastikan semua murid faham istilah sains dan sering memberikan penekanan kepada istilah tersebut.
Kadang-kadang kita kecewa melihat sikap murid yang sering tidak membawa buku dan ada sahaja alasan yang diberikan.Pada saya, setiap murid perlu mendisplinkan diri mereka dengan memastikan buku perlu dibawa setiap hari
Pernah terjadi kepada anak murid saya yang setiap hari tidak membawa buku latihan dan ini mengganggu pembelajaran mereka.Di sekolah saya, kami menyediakan surat komunikasi untuk diberikan kepada ibu bapa yang anaknya menimbulkan masalah.Surat komunikasi diberikan kepada ibu bapa murid tersebut dan saya mendapat respon yang baik daripada mereka.Mereka berjanji akan memastikan anak-anak membuat kerja dan menghantar buku mengikut masa yang ditetapkan.Alhamdullilah, anak murid saya menunjukkan perubahan yang positif.Satu kepuasan pada diri saya.Walaupun saya dianggap guru yang tegas tetapi saya akan pastikan anak murid saya akan lulus semua subjek yang saya ajar.
Walaupun saya sibuk dengan tugas-tugas pentabiran, pada saya tugas utama saya mengajar tetap akan saya utama dan berjanji pada diri ini untuk memastikan anak-anak didik saya akan lulus semua subjek.Itulah janji saya pada diri sendiri.Saya sering berdoa kepada Allah supaya anak-anak didik saya menjadi anak yang cemerlang dalam semua bidang termasuk sahsiah diri.Sebagai ibu,saya sering mengingatkan anak-anak sendiri agar pastikan semua buku dibawa mengikut jadual supaya tidak menimbulkan kemarahan guru begitu juga dengan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.Malah waktu malam saya sering memeriksa buku tulis anak-anak walaupun mereka telah berada di sekolah menengah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails