Saturday, October 9, 2010

RUTIN MINGGUAN



Hujung minggu memang sentiasa dinantikan.Jika tiada kuliah pada hari Sabtu digunakan sepenuhnya untuk mengemas rumah.Rasa tenang melihat suasana rumah yang kemas dan teratur serta bersih.

Minggu ini,hari Sabtu tiada kuliah.So, saya gunakan waktu yang ada ini untuk memastikan dalaman rumah dimop .Walaupun badan memang agak kurang sihat, tapi saya gagahi juga kudrat ini untuk melakukan kerja-kerja membersihkan rumah.Kalau hari biasa, just menyapu sahaja tanpa melakukan kerja-kerja halus sudah cukup kerana kesuntukan masa untuk melakukannya.

Bekerja tanpa henti sehinggalah solat Zohor disambung pula dengan memasak sudah tentu meletihkan tapi ia merupakan satu kepuasan.Apabila semuanya sudah siap, barulah terasa bahang kehangatan pada badan saya.Mungkin demam saya semakin bertambah.

Hari ini,kami bergotong-royong membersihkan rumah.Suami membersihkan kawasan luar rumah dan anak lelaki membuang sampah dan mencuci bilik air.Siaplah kalau my son cuci bilik air,habis dikerjakannya pencuci bilik air sehingga tinggal separuh.Namun, dia sememangnya begitu rajin membantu saya sama ada di dapur mahupun kerja-kerja mencuci bilik air dan bilik sehinggalah melipat kain.Tidak perlu saya menyuruhnya tapi sememangnya dia melakukannya sendiri.Semoga apa yang dilakukan ini akan berterusan........Selalu juga saya melawak dengannya...untunglah siapa dapat adik.Semua kerja boleh dilakukan tanpa disuruh.Tersenyum dia mendengar lawak saya.

Pena Kasih :Biarpun penat tapi ia merupakan satu kepuasan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails