Sunday, October 10, 2010

SOLAT


Sepanjang bulan Ramadhan, Haziq sering bersolat di masjid sama ada waktu Zohor mahupun Asar.Jika tiada kelas tambahan,dia akan tetap ke sana dengan mengayuh basikal.Kadang-kadang dia akan menumpang Tok Yahnya ke masjid .Sejuk hati mama melihat perubahan anak.Selepas berbuka, dia akan bersama kami menunai solat di masjid.Kepada Haziq, kami selalu berpesan,Allah sentiasa membuka hati hambaNya jika mempunyai niat yang baik.

Sebab itulah,ayahnya sanggup membaiki basikal semata-mata untuk memastikan anaknya ke masjid.Kini, amalan itu diteruskan dan saya tidak putus-putus berdoa agar dia meneruskan usahanya itu.Dia ada menceritakan kepada saya yang seorang pak cik yang ada bersamanya memeluknya melihat hanya dia seorang sahaja berada di sana.Mudahkan.........bersolat dan ia tidak begitu susah.Yang penting niat perlu diperbetulkan.Setiap langkah menuju ke masjid ada hikmah dan nikmatnya.

Pena Kasih:Tidak putus berdoa agar anak-anak sentiasa mengingatiNya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails