Monday, October 25, 2010

PENILAIAN


Semua murid SKCC akan menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula pada hari esok.Peperiksaan yang dijalankan secara selaras di daerah Segamat .Murid-murid Tahun 6 juga tidak terkecuali untuk menjawab soalan peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Semua soalan telah diagihkan mengikut hari dan selama dua hari saya telah melakukan kerja-kerja terakhir persediaan untuk mereka menduduki peperiksaan.Dari pengedaran surat kepada ibu bapa dan juga dengan bantuan setiausaha peperiksaan dalaman yang menyediakan jadual waktu dan tugas mengawasi kelas.Thanks to Pn Lim yang sejak dari awal telah menyediakan itu semua untuk disemak oleh saya.Juga kepada guru-guru yang telah menyediakan soalan-soalan yang tidak disediakan oleh MGB seperti pJK dan juga Moral serta Pendidikan Seni.Kerjasama yang diberikan serta mengikut tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan edaran yang dibekalkan kepada semua guru memudahkan mereka mengatur tugas.

Untuk murid-murid kelas saya, saya menggunakan peluang yang ada daripada minggu lepas menyediakan diri mereka ke arah peperiksaan akhir tahun.Hari ini, saya masih juga memberikan panduan dan mengingatkan mereka agar membaca soalan dengan teliti dan menyemak berulang kali sebelum dihantar kepada guru.Saya tidak mahu mereka kehilangan markah begitu sahaja atas kecuaian diri sendiri.Kadang-kadang soalan senang pun mereka boleh lakukan kesalahan.

Penilaian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana pengetahuan dan kefahaman mereka pada sesuatu topik dari awal tahun hingga akhir tahun.Semoga mereka terus membuat ulangkaji.

PENA KASIH:Sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik.Kejayaan mereka kebanggaan saya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails