Friday, October 15, 2010

BELAIAN


Pokok bunga kertas dari Muar......


Pokok orkid kuning......

Inilah kerja hubby setiap kali balik kerja......
Kehijauan bunga-bunga yang kami tanam semakin menjadi.Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang tidak berapa panas memungkinkan pokok-pokok bunga yang ditanam semakin hijau.Kalau dahulu kami biarkan ia begitu sahaja tetapi setelah kami sediakan tempat dan ada ruang untuk meletakkan pasu-pasu bunga di kaki "Anjung Kasih" kami itu menyebabkan salah satu faktor yang menghijaukan daun-daun tanaman bunga kami.

Setiap kali pulang dari sekolah, saya akan melihat pokok-pokok bunga.Sejuk mata memandang,damai hati bersama-sama kehijauan.Sebelah malam pula, hubby akan menjirus bunga ataupun balik dari kerja sememangnya dia akan memastikan bunga sentiasa bersiram.Bukan orang sahaja yang memerlukan belaian, malah pokok-pokok juga memerlukan belaian daripada tuannya.Kini,pokok-pokok orkid sudah mula mengeluarkan bunga.Syukur teramat sangat.Emak mentua juga ada memberikan kami dua pasu bunga keladi.Sungguh cantik.Thanks emak..

Setenang hati melihat kehijauan bunga-bunga di sekeliling 'Anjung Kasih' kami.Malah di celah-celah tiang 'Anjung Kasih' terdapat burung-burung merpati membuat sarangnya.Emmm.....senangnya burung itu membuat sarang, mencari tempat berlindung.Setiap petang ada aja burung tersebut berkeliaran di kawasan 'Anjung Kasih' kami.Kami biarkan ia berlegar-legar di situ.

Pena Kasih : Kehijauan mendamaikan hati dan perasaan kami.Semoga Allah memberi pelindungan kepada kami agar tidak sekali-kali hati ini disisip dengan perasaan dengki, cemburu.Ampunilah kami,Ya Allah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails