Tuesday, October 19, 2010

GENTAR



.........emmm mereka begitu berbakat,bersahaja dan tidak gentar mahupun takut. Program yang dijalankan setiap minggu amat menarik minat murid-murid.Setiap patah perkataan dilontarkan dengan penuh gaya dan intonasi yang amat menarik sekali.Keletah manja mencuit hati terutama murid-murid tahun 1.

Memang itulah program khas Panitia Bahasa Inggeris.Mencungkil bakat dan ingin membiasakan murid berhadapan dengan orang ramai.Memang tidak dinafikan kadang-kadang ada perasaan gentar setiap kali berhadapan dengan audiens..........bukan senang.Tidak semua orang boleh bercakap di hadapan khalayak ramai.Gundah gelana,degupan jantung begitu kuat setiap kali hendak berhadapan dengan orang ramai.Sesekali saya juga berhadapan situasi seperti itu.

Kini, apabila ia sudah menjadi kebiasaan,sedikit sebanyak perasaan takut dapat dibendung..........

Saya sering bertanyakan kepada anak sulung yang sememangnya begitu berminat dengan aktiviti syarahan mahupun pidato dan juga mendeklamasi sajak.Perasaan yang dialaminya sewaktu berhadapan dengan audiens.Sambil bersahaja dia memberitahu dia tidak takut.Malah, sewaktu berada di IPG, dia masih meneruskan minatnya dalam mendeklamasi sajak.Sajak 'ibu' diamatinya betul-betul dan menusuk ke kalbu para pendengar.Along tidak gentar berhadapan dengan orang ramai.....Mula-mula ada,selepas itu hilang apabila sudah mula berbicara.Berani............

Kini, pihak sekolah berusaha mengatur beberapa program untuk memberi peluang kepada anak-anak didik tampil ke hadapan mempersembahkan bakat masing-masing.

Pena Kasih:Mewarisi minat ayahnya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails