Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI RAYA


Sambutan Hari Kanak-kanak dan hari raya telah diadakan serentak pada tahun ini.Selain itu, ia juga menjimatkan masa dan wang.Dua dalam satu.........perancangan yang bertujuan untuk mengeratkan perhubungan antara rakan-rakan murid itu sendiri disamping menghargai kehadiran kanak-kanak malah menyedarkan ibu bapa bahawa kanak-kanak itu penting.Kehadiran mereka perlu diraikan.Mereka merupakan pelapis generasi akan datang.

Kemeriahan jelas terbayang di wajah mereka.Dengan pelbagai warna baju amat menarik sekali.Pelbagai acara diadakan sempena hari kanak-kanak.Memberi kebebasan kepada pelajar-pelajar untuk bersuka ria dengan kawalan daripada guru.

Nyanyian lagu 'Hari Raya' mengiringi majlis pada hari itu.Ianya sungguh meriah sekali.Aksi-aksi anak murid mendendangkan pelbagai lagu di pentas amat mencuit perasaan kami.Sesungguhnya mereka mempunyai bakat dan berani untuk naik ke pentas.Itulah yang kami inginkan daripada anak didik sekolah ini.

Pena Kasih:Gembira melihat mereka gembira.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails