Friday, October 8, 2010

CERAMAH

Sudah lama tidak update blog.....since sibuk akhir-akhir ini, menyebabkan blog saya terhenti seketika.Apabila bergelar pelajar tua dan komitmen terhadap tugas-tugas pentadbiran menyebabkan banyak perkara yang perlu saya ketepikan.Setiap malam sambil melayan fb saya menggunakan masa untuk mencari bahan-bahan untuk assignment dan pembentangan.Alhamdulillah berkat kesabaran, banyak juga bahan yang kini saya perolehi.

Namun, hari ini saya tergerak untuk berkongsi cerita setelah lama meninggalkan blog.Berkisar suasana sekolah dan program yang diadakan pada minggu ini.Pertama saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKCC yang telah menjalankan beberapa program sepanjang minggu ini.Selain pengajaran dan pembelajaran dijalankan, kami juga telah merancang menjalankan beberapa program khususnya untuk murid tahun 6.Pengisian selepas UPSR sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk mengatasi murid-murid agar tidak ponteng sekolah.

Selama dua hari, program untuk murid-murid tahap 2 telah diadakan sewaktu kegiatan kokurikulum dijalankan.Indoor games such as dam aji, dam ular, galah panjang dan batu seremban telah menarik minat murid untuk menyertainya.Dengan bimbingan guru-guru ,mereka dapat menjayakan permainan dengan baik sekali.

Hari ini, Pn Desirani telah menyampai satu ceramah berkaitan dengan Awal remaja.Ceramah ini disampaikan kepada semua murid tahap 2 berkaitan dengan diri pelajar itu sendiri .Banyak perkara yang disentuhkan kepada pelajar-pelajar sebelum mereka menjejak ke alam remaja.Pn Desirani yang sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hasil daripada kursus yang diikuti iaitu kursus kaunseling.Namun ,kami akan kehilangan beliau kerana beliau akan bertukar pindah mengikut suaminya ke Setiawan Perak pada hujung tahun ini.Hampir tujuh tahun beliau bersama kami.Sudah tentu banyak kenangan manis yang menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.Apa yang menariknya, beliau merupakan seorang guru yang begitu dedikasi dengan tugasnya.Begitu mengambil berat terhadap pelajar-pelajar khususnya pelajar yang lemah.Pendekatan yang digunakan amat menarik sekali sehingga murid-murid begitu menyayanginya.Sekolah akan kehilangan seorang guru yang begitu komitmen pada tugas.


Pena Kasih:Awal remaja sesuatu yang mencabar.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails