Wednesday, October 13, 2010

KONGSI CERITA

...........balik dari sekolah,hubby tersenyum-senyum.Rupa-rupanya ingin berkongsi cerita menarik daripadanya.Bukan apa, ada pengikut blogger merayu-rayu agar komennya dikeluarkan kerana selama ini ,hubby membiarkan setiap komen dipaparkan tapi apabila disekat seperti cacing kepanasan.Ada juga manusia seperti itu..............

Kalau rasa ada perasaan dendam dan tidak puas hati.........tidak perlu baca blog orang itu.Sebaliknya layarilah blog orang lain yang lebih ilmiah dan mendapat manfaatnya.Sebaliknya blog husband dijadikan sebagai tempat melepaskan perasaan dendam dan sanggup mengeluarkan perkataan munafik dan kafir........malah mudah mengeluarkan perkataan terpesong akidah.Agaknya pengikut blog itu begitu arif dalam soal agama.Kami tersenyum kerana kami telah menjejaki si pengikut tersebut dan telah tahu lokasinya.Alhamdulillah....................Kalau tak suka beralihlah kepada blog orang lain.Kalau rasa tidak puas hati, tampilkan diri dan berterus terang dan jangan hanya seperti labi-labi yang menyorokkan kepalanya.

Yang peliknya beria-ia sangat meminta agar komennya dipaparkan sedangkan pemblogger mempunyai hak untuk memaparkan atau tidak.Sebenarnya kita boleh tahu niat seseorang itu.......sebaliknya seolah-olah irihati dengan kami.Itulah dinamakan manusia.Kita tidak mempunyai apa-apa niat sebaliknya pengikut blogger yang lebih-lebih dan tidak senang hati dan susah hati kerana kami masih belum pergi ke Mekah.Diri sendiri mesti ingat...........kalau rasa sudah mampu jejaklah kaki dahulu.Saya rasa semua orang ingin ke sana.Jangan susahkan kami.InsyaAllah, kami akan sampai ke sana.Doakanlah untuk kami.

Disebabkan kami ni, bukanlah orang yang suka melancong.Kalaulah kami paparkan tempat-tempat melancong,lagilah tidak senang hati agaknya.Belajarlah bertaubat............jangan ingat kita yang terbaik sebaliknya ada orang yang lebih baik daripada kita.Pendamkanlah perasaan dendam dan bersihkan hati.Tidak perlulah layari blog kami yang tidak seberapa ini.

Tiba-tiba saya teringat kata seseorang ...........dahlah tak suka kat kita, tapi dialah yang selalu menjadi pengikut setia blognya.Renung-renunglah diri kita.

Pena Kasih:Kalau rasa kita yang terbaik, kita bersihkan diri kita dahulu daripada sikap dendam dan sebagainya.Allah mengetahui segala-galanya.

2 comments:

Sutiman Kemin said...

InsyaAllah, abang Kamil dan isterinya akan menjadi TETAMU ALLAH pada satu masa nanti. Bersabar dan berdoalah selagi kudrat masih ada.

PENA KASIH said...

Terima kasih Sutihana.Semua orang berusaha untuk ke sana.Impian dan hasrat dan semangat untuk ke sana tetap ada.InsyaAllah dengan izin Allah kita akan sampai ke sana.Cuma yang peliknya ada manusia begitu prhatin sehingga menuduh kami macam2 sehingga ke pringkat kafir dan munafik.Namun, Sutihana kami telah menjejaki dan biarlah mereka membuat tuduhan yang melampaui batasan itu.Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati dia yang sebenarnya.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails