Saturday, October 9, 2010

SENTIASA BELAJAR


Gambar hiasan
Memiliki blog sendiri hampir setahun lebih menjadikan saya lebih teruja untuk menulis pengkisahan seharian kita mahupun apa yang berlaku di sekeliling kita.Dikongsi bersama untuk dijadikan satu memori kepada kita.Biarpun pelbagai kata dilemparkan dengan komen-komen yang begitu menarik menjadikan saya lebih berhati-hati dengan manusia bertopeng.Tidak gentar dengan manusia bertopeng tapi cukup teruja mengikut gerak tarinya.Kita sebenarnya di kelilingi dengan manusia yang baik dan tidak baik.Takut untuk menampilkan diri sendiri tapi berani bermain dengan kata-kata yang kurang enak sebagaimana dirinya sendiri.Belajar mengenali isi hati orang sebenarnya.

Pernah emak memberitahu....tidak semua orang suka melihat gaya hidup kita.Mencemburui dan tidak senang hati.Emak selalu berkata:Berhati-hatilah, dari dahulu ada orang tidak senang dengan kau,Mil.Namun saya lantas mengatakan , selagi saya tidak menyentuh periuk nasi mereka, selagi saya tidak menyusahkan mereka, biarlah mereka dengan cara mereka.
Sememangnya itulah dinamakan manusia.Ucapan maaf ingin dihulurkan tapi selagi hati tidak ikhlas dan bersih agak sukar untuk memaafkan.Pernah saya menonton rancangan TV, ada sebab seseorang itu sukar untuk menerima maaf.Bila direnung kembali mungkin juga.................
Melalui pelbagai pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati dengan manusia bertopeng.

Sebab itulah saya sentiasa belajar untuk mengenali manusia.Sentiasa belajar meningkatkan ilmu IT.Sentiasa belajar,mengkaji dan mencuba ilmu IT agar kita tidak dipelekehkan semudah itu.Saya banyak belajar daripada kawan-kawan mahupun husband sendiri yang sentiasa meneroka ilmu IT untuk kegunaan diri sendiri dan dipratikkan serta dikongsi bersama.

Blog yang sentiasa diubahsuai mengikut citarasa sendiri adalah hasil daripada sentiasa ingin tahu.Meneroka setiap yang baru dan kemudian dipraktikkan.

Pena Kasih:Sentiasa belajar dan belajar agar semuanya akan terjawab mengikut gerak tari orang.



No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails