Wednesday, March 16, 2011

CERIA


Sudah lama kami tidak berkunjung ke rumah atok sebelah hubby.Sebelum itu,menerima panggilan telefon daripada Milah cara untuk mengisi borang permohonan guru secara online.
Saya memintanya membuka laman web kpm tapi nampaknya dia masih tidak mendapat maklumat tersebut.Saya maklumkan kepada hubby kedudukan sebenarnya lantas hubby menyarankan agar kami ke rumah atoknya untuk membantu Milah.Sebelum itu, my x-student datang ke rumah kami untuk membuat permohonan yang sama dan meminjam laptop untuk mengisi maklumat tersebut.Saya memintanya datang ke rumah pada pukul 5.00 petang kerana kebetulan saya baru balik dari sekolah.

Kehadiran bersama dengan ibunya dengan menunggang basikal.Saya mengenali keluarganya daripada dahulu lagi.Kehidupan keluarganya susah tetapi memiliki cahaya mata yang pandai.Saya minta dia datang dan mengisi maklumat tersebut dengan betul.Tahun lepas dia ada mengisi borang tapi tidak mendapat sebarang jawapan.Minatnya begitu mendalam dalam bidang perguruan telah membuka pintu hatinya untuk memohon buat kali keduanya.Seorang yang pandai mencipta sajak dan mewakili sekolah ke peringkat daerah .Pandai bermain gitar dan mengalunkan lagu dengan menarik sekali.Bakatnya telah dapat dikesan sewaktu berada di bangku sekolah rendah lagi.Saya katakan kepadanya bahawa kita hanya mencuba,jika rezeki kita ada di situ dapatlah.Jangan terlalu mengharap sangat kerana terlalu ramai kini yang berminat dalam bidang perguruan.Namun, kalau dilihat, mereka yang begitu berminat dengan bidang perguruan akan melakukan sesuatu yang terbaik dan dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.

Saya pesan pada Milah, agar sentiasa melihat internet untuk mendapatkan info terkini .Mudah-mudahan impiannya untuk menjadi guru akan tercapai.
Bersama-sama dengan Adif kami ke sana.Kali ini, Apiz tidak mengikuti kami kerana hendak mengelap dinding rumahnya yang telah diconteng.Puas dipujuk jawapannya tetap sama.Semakin rajin nampaknya Apiz sejak bersekolah dan terlalu pandai berkata-kata dengan ayat yang begitu baik sekali walaupun baru berusia 5 tahun.Semalam, dia begitu teruja untuk bercakap dengan Pak Udanya.Banyak soalan yang dikeluarkan tanpa diduga.Pernah dia bercakap dengan saya,"Uda,Uda ada bawa telekung tak kalau jalan,"katanya.Lalu saya maklumkan bahawa di setiap kereta Uda ada beg telekung untuk Uda bersolat.Sememangnya saya meletakkan telekung di kedua-dua buah kereta saya.Senang untuk saya bersolat di mana-mana pasaraya sekarang.Emmm....bijak sungguh sekarang.

Semalam, Atok Dollah teringatkan kisah lama mengenai Apiz.Dia ingatkan kami membawa Apiz tapi sebenarnya Adif yang kami bawa.Senang membawa Adif,duduk dan menunjukkan kereta yang sama dengan ayahnya kepada Pak Udanya.Kurang bercakap berbanding dengan Apiz.Atok Dollah begitu ceria pada hari semalam melihat kehadiran kami.Dia akan merungut jika anak-anak tidak menjengahnya.Sempat juga sama masakan ikan sungai goreng berlada.Enak sekali makan beramai-ramai.

Kemudian, selepas menghantar emak, kami menghantar Adif ke rumahnya...........Adif menjerit memanggil abang dan abang memanggil adiknya sambil berpelukan.Apiz begitu sayang akan adiknya dan sempat berpesan dengan saya sebelum itu agar jangan bawa adiknya berjalan lama-lama dan jangan tidur di rumah atoknya.Kasih sayang antara mereka begitu kuat sekali.

PENA KASIH :Saling sayang-menyayangi.................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails