Monday, March 21, 2011

TIADA PERUBAHAN....

Cuti sekolah selama seminggu mungkin tidak cukup kepada kanak-kanak.Malah ada yang begitu berkobar-kobar untuk hadir ke sekolah.Apabila masuk ke kelas sudah ada beberapa buah buku mengikut susunan menandakan mereka sudah menyiapkan kerja sekolah seperti yang telah diberikan.Tahniah kepada anak-anak yang begitu prihatin akan kerja yang diberikan.

Mungkin ada diantara kita sebagai guru kecewa dengan sikap anak didik yang tidak mengambil kisah langsung tentang pelajaran mereka.Hari pertama sahaja sudah ada beberapa orang pelajar yang tidak menyiapkan kerja malah tidak membawa langsung buku tersebut ke sekolah.Sudah tentu kita akan berasa kecewa melihat perlakuan mereka.Seperti tiada apa yang berlaku...............memang kecewa kalau melihat anak murid tidak begitu endah langsung dengan kerja-kerja yang diberikan.Hendak salahkan siapa?Adakah ianya terletak dibahu cikgu sahaja?Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya.Tidak bagi kerja............rasa bersalah kerana sebagai seorang guru,kita hendakkan yang terbaik daripada pelajar tapi bila fikirkan hanya dua tiga orang buat begitu,saya tetapkan bagikan juga kerja.Yang tidak buat itu,saya berikan dia masa untuk membuatnya.Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan mereka membuat kerja tapi ibu bapa juga memainkan peranan penting memastikan anak mereka membuat kerja.Tidak patut hanya menyerahkan tugas tersebut kepada guru sahaja.Komitmen ibu bapa dalam membantu pihak sekolah penting agar anak mereka tidak tercicir dalam pelajaran mereka.

Ada di antara pelajar yang begitu excited menceritakan ke mana mereka pergi semasa bercuti.Tapi bila ditanya kerja sekolah mereka tidak buat........hendak tak hendak kita sebagai guru hanya mendengar sahaja apa yang diceritakan tapi disebalik itu akan rasa kecewa kerana mereka tidak menyiapkan kerja seperti yang dikehendaki.Itulah realitinya cabaran yang dihadapi oleh guru.......

Nampaknya, tiada perubahan daripada mereka............mereka masih dengan kegembiraan cuti mereka.Saya biarkan ianya berlalu begitu sahaja walaupun ada rasa kecewa di hati.

JANJI

Hari ini,saya menyerahkan semua kertas soalan kepada anak-anak murid dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik untuk mata pelajaran saya.Saya pernah berjanji untuk memberikan hadiah kepada mereka yang mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran saya dan alhamdulillah pada hari ini, saya telah dapat menunaikan janji itu.Semoga hadiah ini memberi perangsang kepada murid lain untuk terus belajar lagi.

Semalam, saya ke Tangkak sambil merehatkan minda bersama-sama dengan hubby.Hanya tidak sampai dua jam saya berada di sana dan sempat saya membelikan hadiah untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik.Hubby setuju dengan pendapat saya untuk memberikan hadiah kepada pelajar tersebut.

SELAMAT DATANG SERENE LEE

Bekas pelajar sekolah ini yang telah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2003 telah menjalani PBS sebagai satu syarat untuk memenuhi kursus perguruan di peringkat ijazah.Serene Lee merupakan bekas pengawas sekolah ini telah menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan kerjayanya.Minat yang mendalam dalam bidang Bahasa Inggeris telah membuatkan beliau memilih kerjaya ini.Kali ini, beliau telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dalam masa seminggu sahaja.Semoga dengan adanya pendedahan ini, beliau akan terus berjaya dalam bidang tersebut.

Beliau sememangnya telah lama berhubung dengan saya melalui FB semata-mata untuk menjalani PBS di sekolah ini.Beliau dapat bertemu kembali dengan bekas guru lamanya dan pernah tuition dengan saya dan hubby.


PENA KASIH :Tidak akan berjaya kalau hanya satu pihak sahaja yang beria-ia tapi disatu pihak tiada sebarang respon........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails